Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Saturday, October 12, 2019

Resepi Brazillian Limeade

Resepi Brazillian Limeade

Untuk segelas Braziliian Limeade, bahan-bahan diperlukan seperti berikut;

1. Sebiji limau nipis (saiz sederhana)
2. Susu pekat manis (secukup rasa)
3. Gula 1 sudu
4. Ais dan ais secukupnya

Tak banyak kan bahan dia. Silap haribulan memang ada dalam dapur korang je. Cara-cara pun mudah sangat.

1. Basuh limau nipis kemudian potong 4. Buang biji mana yang mampu. Malas buang biji pun tak ada masalah tapi air akan jadi pahit selepas beberapa minit.
2. Selepas buang biji, blend limau dengan setengan gelas air. Cikpuan guna blender juice. So senang. Kalau tak ada boleh guna blender biasa. Pastikan tak ada kesan cili kisar atau bawang. Nanti jadi juice lain pulak. Lepas tu tapis ye bagi yang guna blender biasa.
3. Boleh campurkan sesudu gulan dan susu pekat manis secukup rasa.
4. Tambah ais.

Memang enak diminum tak kira siang atau malam. Jangan lupa cuba tau!!

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!