Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Tuesday, February 9, 2010

Gossip Girl.. X0X0.. vs Gossip Guy XIXI

Aku bukanla peminat kipas-susah-mati series Gossip Girl ni .. tapi bolehla nak tengok dikala malam bulan mengambang dan aku tak jadi wolfwoman.. (maknanya dikala aku free la..)


Tapi aku bukan nak citer pasal series tu.. Eh, betulke pompuan jer yang suke bergosip? Ada tak agak-agaknya Gossip Guy XIXI? Kalau tengok lelaki-lelaki dok kumpul ramai-ramai tu dorang gossip ape ye?

Adakah dorang bergosip macam pompuan gak? Pasal fesyen, lelaki hensem, shoping, artis dan sebagainya? Err.. ada kot pompuan gossip pasal bola gak..(pasal pemain bola yang hensem dan perkasa la.. huhu..)

Ataupun lelaki ni gossip pasal kete, moto, bola, sport, awek cun sahaja?

Apa bezanya isi kandungan Gossip Girl dengan Gossip Guy? Ataupun sebenarnya sama saje dua dua ni? Gossip tetap gossip. Tak ada beza girlz or guyz..

Kalau ikut pendapat aku yang tak ada experience nih.. Isi kandungan setiap penggosip adalah berbeza mengikut pattern. Antara guyz and girlz pulak, pattern dorang lebih kurang jer. Cuma beza dalam gender jer.. Meh kite tengok korang tergolong dalam pattern yang mana..

1. Fashionita (Girl) & Masculine (Guy)
- Pattern yang ni jenis suka bergossip tentang kebendaan, trend terkini, fashion fashion semasa, latest design, latest gadget, hygiene, semua diorang borakkan. Camne nak jaga badan, diet, pemakanan.. Make up, rambut .. Masing-masing taknak mengalah nak jadi yang paling trendy and up-to-date!

2. Playgirl / Playboy
- Yang ni korang tau la kot. Bergossip tentang girl/boy yang paling latest korang terkam. And then gossip tentang next target. Siap plan lagi macammana nak tackle girl/boy tuh.. tips-tips percintaan dan sebagainya..

3. Nerd & Geek
- Yang ni boleh masuk dua-dua. Sama je. Gossip pasal soalan exam, budak paling pandai/bodoh, buku paling best, IQ test..

4. Sport
- Ni pun pattern same bagi both girl and guy. Kalau minat bola tu, bola je la manjang. Chelsea la, MU la, Arsenal la.. Lepas tu gossip training, gaya pemakanan.. macam-macamlah!

5. Gamers
- Yang ni pulak untuk kaki kaki games.. Dota la, Ragnarok la.. tah ape lagi games online tu pun aku tak tau. Sibuk gossip pencapaian masing-masing..Macam-macam yang online games pun banyak sekarang ni.. Setakat streetfighter aku tau la.. Zuma ker..Choclatier, Diner Dash.. haha.. tu aku terer la..

6. Motor/Cars
- Ni gossip semestinya tentang moto and kereta yang paling latest, paling mahal dan paling hebat.. Pasal accessories moto/kereta lagi. Tu belum part awek-awek motor/ kereta or mamat/mamat motor/kereta... pasti tak habis-habis gossip..

Sebenarnya banyak lagi kot. Kalau kategori korang tak ada kat senarai ni. Nanti korang kategorikan sendiri yer...

Tapi kan kebiasaannya, ramai kot yang terkategori sebagai SEMUA DIATAS yang suka gossip pasal semua benda terutama pasal orang lain.. erti kate sebenar adalah mengumpat.. haha..

Jom kite jenguk Vid lagu Gossip Girl ni by Rainbow (Korean Girl Group)





P/S : Agak-agak aku ni kategori SEMUA DIATAS jugak ker??

Bosan.. Bile Versus nak kuar nih?

Aku malas tulis da benonye. Mau tido. Tapi nak tulis gak. Ada tak sesape peminat HLovate disini? Okeh, selain aku..

Aku jenuh dah mencari novel Versus ni.. tapi tak jumpa-jumpa lagi. Dah kuar ke belum yer??

Haish.. lama aku tak beli novel. Novel paling latest aku beli pun Pelangi kalau tak silap.. dari Jemari Seni Publication.. gabungan penilis feveret aku, Hlovate, Syud dan Noor Suraya..

Kalau ada sesape tau Versus dah kuar tu inform la eyh.. tak sabar dah ni...


*menanti*

P/S : Mau tito suda.. nyte.. nyte..

Monday, February 8, 2010

Aku tunggu 4 jam semata-mata untuk servis yang tak sampai 10 minit dan 2 papan paracetamol ker??

Aku bengang betul hari ni. Tau tadi tamau aku singgah klinik. Balik terus layan tido lagi best.. tapi tu la.. orang dungu macam aku ni, jadi tunggul hidup lak kat klinik tadi..

Aku g keje cam biasa.. cume lambat sket.. lambat 20 minit.. slalu aku lambat 10 minit jer tapi hari ni terlebih lak. Aku tatau nape aku bawa moto dengan penuh berhemah pagi tadi. Biasa aku pecut jer. Tahla, tak yakin dengan roda moto yang rasenye len macam jer. Sebab terlanggar lobang itu hari kot. Macam pancit tapi tak pancit lak. Jadi aku wat dunno lah..

Eh, aku rase dah terpesong jalan cerita ni.. Ha, aku sampai tempat keje terus buka emel. Account ada anta emel suh aku cek PIR.. macam tak update jer. Haahla.. aku pun cepat-cepat update. Tetiba dada aku rasa sakit. Nervous semacam. Mengah-mengah. Sudah.. sakitku dah kembali...

Aku try abiskan keje gak. Aku makan ubat tahan sakit. Sebiji. Tak berkesan lak. Cuba makan lagi sebijik. Pulak.. tak boleh telan dah. Aku tarik nafas panjang-panjang. Pastu aku tanya supervisor aku dia ada keje tak untuk aku. Dia kata.. BELUM ADA.. Okeh. Aku pun atur ayat..

'Err.. if that so, can i going home? I'm not feeling well..' dengan english tunggang langgang aku main bedal jer. Dia paham sudah. Dia pandang aku. Aku buat muka kesian. Akhirnya dia mengangguk.

Aku kemas-kemas barang, tapi dada still rasa sakit, so aku pun pergilah sebuah klinik kesihatan ni. Punyalah lama aku tunggu. 4 jam korang tau! Hangin jer. Mula-mula memang aku ingat nak balik dah tapi memikirkan alang-alang dah lama tunggu, baik aku tunggu jela.

Last-last doc cuma cakap.. 'Awak ni ada radang pada tulang rawan ni.. tak serius pun.. tapi akan tetap rasa sakit la bila dia datang. Saya cuma boleh bagi awak ubat tahan sakit jer..'

Aku ingatkan ubat apela.. rupa-rupanya Paracetamol jer! Korang tau tak? Ala.. yang selalu korang beli kat kedai tu.. Orang panggil panadol...

P/S : Lenkali gi klinik swasta je la.. tapi kena tunggu kaya sikit.. huhu..

Adakah aku salah makan ubat? Tak ikut perskripsi? Atau memang side efek ubat tu macam tuh??

Hari ni aku diarrhea lagi. Haish! Pelik bebeno aku dengan diri sendiri. Lately ni memang aku selalu sakit.. yang common sickness.. tapi kalau dah hari-hari teruklah!

Apa common sickness tu??
Ala.. sakit-sakit yang normal dan biasa dialami semua orang macam diarrhea, headache, nausea, vomitting and bla bla bla...

Mesti korang kata aku ni kepoh kan?? Baru sakit sikit nak post dalam blog..
Tapi.. korang tau tak sebenarnya ubat yang korang makan tu mungkin penyebab common sickness seperti di atas..

Mana aku tau? Sebab yang dok makan ubat tu aku! Ntah camne Jumaat lepas aku tergerak hati nak google ubat yang doc bagi aku tuh  And da result of my research is as below...

MEFENAMIC ACID 250mg

pHarmac0l0gical Acti0n


Indicati0Ns


Sid3 3ff3cts



Aku takla paham sangat bahasa medik ni.. (nanti kena tanya adik aku - da bakal pharmacist-). Tapi yang aku paham setakat english darjah 6 aku nih.. kalau ada side efek macam diarrhoea (nama tak saintifik dia cirit birit yer kawan kawan..), kira yang macam aku alami dua tiga menjak ni, so STOP makan ubat tuh.

Aku pun lepas je dapat tau memang aku setop terus! (huhu.. gumbira tak payah makan ubat..). Tapi tu la, still sakit-sakit lagi. Klau tak tahan sangat, baru aku betul-betul amik ubat tu. Tu pun aku leh telan sebijik jer. Aku ni memang ada problem nak makan ubat dari kecik, susah nak telan ubat. Hehe.. ingat dulu kecik-kecik mak aku letak ubat dalam pisang pastu suh aku makan... haha..

P/S : Ada satu lagi ubat doc lain bagi.. tapi aku tak sempat nak post. Esok kot.. tu pun kalau tuan blog ini rajin.. hua.. hua..hua..





Friday, February 5, 2010

Dear friends, jom ramai-ramai kita tolong..

Dear all friends,
Blogger or reader..

Aku baru je terbaca blog KAK ASZ ni. Kak Asz ni merupakan salah sorang blogger and nuffnanger yang sangat memerlukan bantuan. Bukan bagi pihak dirinya sendiri, tapi untuk anaknya yang masih tak tau apa-apa, Ammar.



Ammar.. sebijik cam nama kazen aku. Cuma bezanya kazen aku tu sihat walafiat (Alhamdulillah). Tapi adik ammar ni pulak kurang sihat kalau nak dibandingkan orang lain. Ammar ni ada penyakit heart defect @ lebih dikenali dengan PDA.. umur baru 2 tahun.. Sedih kalau tengok pixies Ammar ni dalam blog Kak Asz

If anyone would be interested to give donation, please do so to Asmaniza Mohd Kamal, 514093114912 (Maybank), tak kisahla berapa. Sikit pun memadaila untuk bantu adik Ammar ni.

Surgery adik Ammar ni dijadualkan pada 22 February 2010, dan fundraising pula akan tamat pada midnight 17 February 2010. Dah nak dekat dah. Ada lagi berapa hari je lagi.. Jadi jomlah kita cepat-cepat bantu adik Ammar!!

Semoga adik Ammar akan sihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain. AMIN...

Tuesday, February 2, 2010

Lagi-lagi tukar layout lagi..

Tak tahu ni kali keberapa tukar layout..
Bukan ape.. aku ni jelezz dok tengok blog orang len lawa-lawa..
tu yang asyik tukar layout jer tuh..
Layout before before ni okeh jer..
Cuma.. huhu.. tak puas hati je kekadang..
Kay, mau tido da..
Nutenyte all.. Mmmuah!!!

P/S : Ni namanya orang yang tak tau nak bersyukur...

Penyakit Aneh?? Atau Penghidap sakit yang aneh??

FYI, aku nak bagitau korang semua la yang aku ni ada sejenis penyakit yang agak ganjil dimana tulang rusuk aku ni tak centre (bukan otak ye yang tak centre..). Banyak hospital dan klinik jugakla aku dah pergi (er.. 1 hospital & 3 klinik jer kot..), tanya pasal keadaan aku ni..

Pada mulanya mana yang check keadaan tulang rusuk aku ni, pasti akan terkejut dan kata ini abnormal. Malah beriya-iya suruh aku buat xray dan sebagainya. Tapi kalu yang tak check mesti buat muka poyo dan konon2 tau sakit aku ni sakit apa. Tapi tu la, yang peliknya bila aku buat xray, tade pape pulak. Bila buat thyroid test pun negative. Jadi aku pun tak tau apa sebenarnya sakit aku yang mencucuk cucuk nih.

Mula-mula 1st check up, doc akan tanya.. awak sakit apa?
Aku pun cakapla.. sakit dada doc..
Doc tu akan buat-buat interested and then tanya .. sakit yang macam mana tu?
Aku pun senaraikanlah… seperti di bawah..

1. Tulang rusuk tak centre ( sebelah kiri tinggi, sebelah kanan seolah-olah agak tenggelam..)
2. Sakit mencucuk-cucuk macam ditusuk sembilu (wahaha.. macam pernah rasa je kena tusuk sembilu camner)
3. Sometimes rasa nervousness yang amat sangat sampai badan menggigil (mengalahkan nak gi audition untuk American Idol..)
4. Rasa macam susah nak bernafas.. selalu termengah walaupun cuma duduk sahaja dan terpaksa bernafas guna mulut (nasib baik bukan guna insang kan.. kalau tak mau aku disumpah jadi ikan kaloi..)
5. Sakit tak hingat masa dan waktu dan tempat. Adakala time duduk, time baring, time makan, time tengok tv, malah melabur pun boleh sakit..

Dan bla.. bla.. bla.. (malas tulis sebenarnya.. banyak sangat..)

Antara reaksi-reaksi doc-doc yang penah aku jumpa..

>> Awak muda lagi.. tak mungkin sakit jantung..
>> Awak ada lelah ke @ asma tak?
>> Mungkin juga kekurangan kalsium atau terlebih kalsium..
>> Saya takut ada pertambahan tulang jer

Setakat dari Disember lepas sehingga Januari lepas.. aku da buat ujian darah dengan xray kat hospital awam nih.. tapi doc kate okay jer.

Cek thyroid aku dapat 1.73 jer.. Sikit kan? Tapi elokla sikit. Kalau lebih 2.0 tu berisiko nak menghidap thyroid.

Cek Xray pun doc kata tak ada apa yang pelik or aneh. Kiranya normal la. Tapi kenapa aku masih rasa sakit??

Last-last doc tu dah malas nak cakap apa. Dia bagi aku perskripsi suruh aku amik kat farmasi jer. Tau tak dia bagi apa? Dia bagi Magnesium Trisilicate (ni ubat gastric yer..) dengan Mefenamic Acid (ni aku tak tau apa.. tapi kalau tak silap antibiotic..)

Sabo jela aku!!

P/S : Sori.. kali ni tade pixies sebab memang tade pixies nak diletak… takkan nak letak pixies dada aku yang sakit kot? Uish! SENSORED!!