Orang kata ada apalah pada nama..
Tapi sebenarnya ada sumthing yang istimewa tentang nama ni..
Tahukah korang kenapa korang bernama
si polan si polan?
Walaupun nama korang
Jebat, Melur, Wira, Perdana, Satria, Bakar even
Markonah
tentu ada sebab kenapa.. (Err.. pernah korang tanya parent korang tak kenapa bagi nama korang seperti yang ada nih??)
Macam nama dramaQueen..
S.I.T.I M.A.Z.I.A.H
Abah yang bagi nama dQ ni. Kalau nak kata, semua nama adik beradik dQ memang abah yang bagi nama. Kenapa abah nama kan dQ Siti Maziah? Bukan Erra Fazira ke, Song Hye Gyo ke, Angelina Jolie ke..
Siti tu sebab dQ ni anak sulung pompuan.. jadi abah letak nama Siti sebagai tanda kewanitaan..huhu..
Maziah pulak sebab maksudnya kelebihan.. jadi abah nak puteri dia ni ada banyak kelebihan berbanding orang lain..
Macam adik-adik dQ pulak..
Second name dorang ikut abjad nama
M.A.Z.I.A.H
M untuk
Maziah (dramaQueen la tu..)
A untuk
Atiqah (Nur Atiqah)
Z untuk
Zakiah (Ummu Zakiah)
I untuk
Imran (Ali Imran)
A untuk
Aqilah (Nisa Aqilah)
H untuk ......?? Err.. belum ada.. or takkan ada rasenya..
Kawan dQ ni pulak lain sikit ceritanya..
Nama dia memang pelik..
E.F.Y E.Z.Y.. Pelik kan??
Maknanya? Dia sendiri pun tak tahu..
Nama ni kalau ikut cerita dia nenek sebelah ayah dia yang bagi..
Alasan nenek dia bagi nama ni sebab senang nak ingat..
Tapi memang orang akan ingat.. sebab nama dia unik..
Nak tau nama adik dia apa?
Huhu.. Guess what??
D.I.D.I..
Yup.. tu sahaja. Didi bin Abd Halim..
Ada pulak seorang orang kampung dQ nih..
Nama anak-anak dia sebiji artis!!
Seorang tu
Erra Fazira.. seorang tu
Amy Mastura.. sorang lagi
Siti Nurhaliza..
Aduyai.. nak anak lawa macam artis-artis ni kot.. takpun menumpang nama la kot..
Naseb baik bukan
Angelina Jolie ke..
Aishwarya Rai ke..
Okeh. Apa pentingnya nama ni?
Korang pernah dengar tak pepatah Melayu..
'Harimau mati meninggalkan belang.. manusia mati meninggalkan nama'
Mesti pernah kan.. macam tu lah pentingnya nama dalam hidup ni..
1st
Kalau korang tak ada nama.. macam mana orang nak kenal ko? Nak panggil ko?
Mesti korang tak suka kan kalau orang panggil korang
Hoi! kan??
Err.. kecuali kalau memang nama ko
Hoi la..
2nd
Normally masa zaman skola dulu. Time exam mesti tempat duduk akan ikut pada nama. Kalau huruf
A tu biasanya duduk kat depan-depan. Macam abang dQ,
Abdul Izzat memang seat depat sekali la. Takpun seat kedua. Kalau adik dQ pulak,
Ummu Zakiah sebab nama dia last sekali la dia terpaksa diturunkan ke kelas kedua dengan alasan kelas pertama dah penuh..
3rd
Kalau nama perempuan tu kenalah ringkas dan mudah disebut. Yela. Supaya masa akad nikah nanti tak adalah pengantin lelaki tersasul or tersalah sebut. Janganlah nama tu sampai bersuku-suku kata berjela-jela (walaupun realitinya memang wujud..). Sampai kalau nak tulis kat nametag sekolah tu kalau nama
Puteri Nurliyana Fadzilah Amalina Maisarah (hanya sekadar rekaan semata2) terpaksa tulis
P.N.F.A. Maisarah sebab nama panjang sangat. Tak muat nak tulis kat nametag. Samela macam isi borang. Selalu ada je yang tak muat. Yela. Tu belum letak nama bapak lagi kan??
4th
Kalau ikut Islam. Nama itu adalah satu doa. Bermakna kalau nak anak tu bijak, pintar, letaklah nama-nama yang elok yang bermaksud bijaksana. Tapi.. macammana doa tu nak termakbul eh kalau mak bapak letak nama sedap-sedap
Khairul Nizam.. tapi nama panggilan..
K. Nama
Mohammad Daniel jadi
D sahaja.. Er.. sesiapa sila jangan terasa eyh.. Nama dQ pulak
Maziah pun bertukar kepada
Mazz a.k.a
dramaQueen.. (
Patutla sejak dorang panggil dQ Mazz, semua kelebihan dQ dah berkurangan..huhu..)
Nama ni memang penting dalam kehidupan kita ni. Sebab seumur hidup dalam
kad pengenalan kita akan tertulis nama ni. Peasanan untuk ibu bapa, letaklah nama-nama yang baik-baik untuk anak-anak anda supaya pada masa depan tak adalah isu-isu nama menjadi bahan ejekan orang ramai.
Walaumacammanapun pentingnya nama ni, tapi kita kena ingat. Kalau kita malas nak berusaha, tak payahla nak berangan akan jadi bijak pandai macam nama tuh. Kita jadi baik bukan sebab nama kita yang baik. Tapi pilihan kita sendiri yang menentukan masa depan kita. Untuk jadi apa? Walaupun rupa kita tidaklah secantik nama yang diberi, tapi ingatlah kecantikan luaran tu tak kekal lama. Yang kekal kecantikan hati dan budi pekerti. Jadi jagalah kecantikan hati itu sebaik yang mungkin demi nama baik kamu sendiri... walau apa pun makna nama yang diberi...
kami berlima bermula dengan SITI pada pangkal nama!!
P/S : Pernah terpikir kenapa kerbau nama kerbau.. lembu nama lembu.. ayam nama ayam...Hurmm..???