Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Wednesday, September 25, 2013

Alhamdulillah..

Tanggal 24 Sept 2013 merupakan satu tarikh bersejarah for me and husband. Alhamdulillah our little angel was born on 11.50am.
The due date supposed on 27 Sept 2013, but i guessed our little angel might be excited as both of us n decided to born early than the EDD.. muehehe.
Anyway, lahir dgn berat 3.16, secara normal, CPJ berpeluang merasai perit getirnya seorg ibu melahirkan seorg anak ke dunia.
Sesungguhnya kami berharap agar little angel kami akan menjadi seorang insan yg baik, berbakti pada masyarakat, org tua dan beramal soleh. Amin..


Thursday, August 22, 2013

Kisah Klasik 3 : Gigi Susu

Lama tak update blog ni. Maafle time ni mmg tahap kemalasan melampau sangat. Padahal bukan buat apa pun. Duk umah goyang kaki je sejak menjak berenti keje ni.
Sekarang pun malas masih bersisa tapi kesian tengok blog sendiri tah macam hape dah. Takpela update sket.. dari tak update langsung lagila kesian kan.
Entri ni nak citer pasal gigi susu. Mesti semua orang ada kenangan pahit manis dengan gigi ni. Cikpuan pun of coz tak terkecuali. Macam-macam la pengalaman melibatkan gigi susu ni. Gigi goyang, patah, tampal dan tak lupa doktor gigi. Eh, apa dia? TOOTHFAIRY?? Maafle, cikpuan tak kenal toothfairy sbb cikpuan bukan minah saleh.
Tapi kalau ikut orang tua Melayu, kalau gigi atas patah/tercabut kena baling ke tanah supaya gigi yang akan tumbuh elok ke bawah. Kalau sebaliknya pulak kena baling atas bumbung supaya gigi elok tumbuh ke atas. Ada pernah dengar tak??
Orang kampung macam cik puan ni mmg susahla nak jumpa doc gigi. Jumpa pun kalau jabatan pergigian buat rawatan kat sekolah je. Jadi normally kalau gigi goyang, bermacam cara tradisional guna untuk cabut gigi tu. Yela tak selesa kan.
1. Guna benang
      - ikat benang pada gigi and then tarik sekuat hati. Sakit sungguh kalau gigi tu masih kuat cengkaman pada gusi.
2. Guna playar
      - option ni perlu dilakukan oleh orang berpengalamank. Cthnya Abah. Memang lebih cepat hasilnya daripada guna benang. Tapi bergantung pada cengkaman gigi tu jugala.
3. Goyangkan hari2
      - Normally kalau tak sanggup nak buat either option di atas bolehla guna option ni. Kurang sakit tapi prosesnya sangat lama. Kena rajin la baru cepat gigi tu tanggal. huhu..
4. Tumbuk
      - actually cara ni adalah cara tak sengaja. Ada satu hari ni cikpuan main dengan abang cikpuan. Punyala gurau2 dia tertumbuk perlahan mulut cikpuan. Tak sakit pun tapi yang peliknya gigi cikpuan boleh tertanggal padahal gigi tu tak goyang pun. Yang goyang gigi lain. Memang dah ajal gigi tu kan, nak buat camne.. huhu.
5. Natural
     - Yang ni tunggu and tawakal je la bila n di mana. Tu pun kalau boleh tahan la sakit gigi tu. Yang paling cikpuan tak boleh lupa bila cikpuan ada gigi goyang ni tapi takdela sakit mana pun. Satu hari ni cikpuan sakit perut so pegila memerut. Keluar je dari tempat memerut tu, gigi cikpuan rasa kosong je. Rupa-rupanya gigi cikpuan dah tertanggal tanpa cikpuan sedari tapi gigi yang tanggal tu tak ada. Ce teka kemanakah perginya gigi itu?? Jeng Jeng Jeng...
Sekarang ni Alhamdulillah gigi kategori elok tersusun walaupun ada sebatang yang spoil sikit. Tapi ok je tak kisah pun asal gigi cikpuan bersih dan sihat. Muehehe..
p/s : Rajin2le check gigi dengan doktor gigi eh..

Friday, May 3, 2013

Emosi ketika Hamil

Seriously i cannot control my emotions during this pregnancy. Almost everyday kot..Sikit-sikit menangis. Kena tegur dgn Manager pun leleh. Kena marah apatah lagi. Husband gurau-gurau pun boleh terasa hati. Yang paling rasa tak boleh blah dgn emosi sendiri ni ialah jealous bila anak buah menyendeng and gedik2 dgn husband. Cukup jealous! Pantang sungguh sekarang ni kalau nampak budak2 tu menyendeng2 kat husband. Kalau dulu xheran pun tapi skrg mmg xleh. Nampak je pemandangan sebegitu, terus bagi jelingan tajam kat husband and budak2 tu. Haha.. taula diorang yang Auntie diorang ni tak suka.

Orang kata jangan menangis teruk time pregnant. Kesian kat baby. Yes i knew it. But then, as i stated above, i could not control it! It was naturally happen. Bukan tak pernah nak control, tapi tak mampu. Even my manager and colleague inform that i am different from myself before this.

Dulu mana ada emo-emo. Emo kat rumah dgn husband normal la. Tapi skrg melarat smpai ke ofis! Sampai siap bagitau manager nak berenti keje lagi! But then, nasib baik my manager ni memahami. Dia tahan jugakla kerenah staff dia sorg ni. Datang lambat, lupa nak billed invoice, buat quotation berterabur.. paling worst semalam bila lupa ada tender nak kena submit! Seriously rasa kesian sungguh dgn company sendiri. Cuba jugakla buat apa yang mampu.. sampai big boss balik dari London pun geleng kepala tgk i yang asyik buat mistake je.

Alhamdulillah, dah berkurangan skit emo-emo ni. Still ada tapi dah tak sekerap 3-4 minggu lepas. Harap-harap baby tak emo mcm mama dia sudah.. kekeke..

Tuesday, April 16, 2013

DIY : Sampul Kad Kahwin Eksklusif


Nak buat sampul kad kahwin eksklusif? Mudah sahaja cara-caranya. Terpulang pada kreativiti masing-masing je nak buat macam mana.

Barang-barang yang diperlukan;

1. Sampul kad - sampul yang sedia ada jangan dibazirkan. Tak kirala warna apa, yang penting kena pandai main warna
2. Doily paper - kalau boleh elakkan doily paper yg sama warna dgn warna sampul. Kebanyakkan yang Cik Puan Jiyah jumpa warna putih and pink je. Warna lain ada juga. Boleh cari di AR Warna Warni. Tapi, kalau anda kreatif, boleh celupkan doily paper tu dalam water colour untuk bagi different colors.
3. Gunting
4. Gam
5. Magic Pen/ Maker Pen 

Mula-mula set dalam minda nak design doily paper tu macammana. Kalau takut tak ingat, sketch or buat sample dulu. Bila dah tau idea nak buat macammana, baru boleh mula menggunting doily paper.

Ikut suka kreativiti hangpa la nak lekat kat mana doily paper tu. Asal nampak cantik, cun dan elegant, lakat la kat celah mana pun.. kekeke..

Last sekali, kalau suka bolehla tulis nama or date majlis pada salah satu doily paper tu. Kalau tak nak pun takpe. Kalau nak lagi kemas, boleh type by computer, print out and lekat atas doily paper tu. Dah siap!!

P/S : Jika anda lebih kreatif lagi, boleh guna old newspaper,keratan-keratan majalah, bunga plastic, ribbons ataupun lekat gambar sendiri pun boleh. Yang penting, kreativiti. .. Selamat Mencuba!!

Wednesday, April 3, 2013

The Granddaugther...

Jeng Jeng Jeng..
Memperkenalkan my granddaughter.. eh, bukan, my dad's granddaughters.. TADA..!!

Amina.. si BamBam..
Full Name: Siti NurAmina Huda.. panjang sungguh nama umi n walid ko bagi ye BamBam..
Kegemaran : Mengunyah segala benda yang dijumpai
Bad Habit : Cewek (suka menangis..) 

Syaza.. si Boolat..
                    Full Name: Nursyaza Nuwairah.. tapi atuk ko suka panggil ko Ustazah kan?
Kegemaran : Masuk segenggam tangan dalam mulut
                       Bad Habit : Air liur meleleh..(mesti mak ko dulu mengidam tak dapat kan..)           

Comel kan? Ada iras mama uda diorang tak ? Kekeke.. harap2 nanti cousin korang pun secomel koranglah ye.. Mama uda rindu sungguh dengan Bam Bam and Boolat.. Lagi-lagi Bam Bam yang jarang balik kampung.. Nanti jumpa lagi harap dah pandai jalan la ye.. sebab nanti mama uda tak larat dah nak dukung korang macam selalu..

With love,
Mama Uda

Tuesday, February 19, 2013

Rezeki

Assalamualaikum semua. Lama rasa   tak update blog. Entahlah, banyak sangat hal berlaku sejak akhir-akhir ni yang menjadi kekangan untuk menulis.Inilah salah satu darinya. REZEKI.

Rezeki pemberian Allah ni tak siapa yang tahu bila dan dimana. Rezeki bukanlah semata-mata berupa wang ringgit dan harta kemewahan, malah rezeki  yang tak ternilai bagi seseorang insan adalah zuriat.
Sedia maklum, saya telah sah menjadi seorang  isteri pada Jun 2012, sehingga ke penghujung Disember lepas, pelbagai pertanyaan mengenai rezeki dari Allah ini diutarakan oleh sanak saudara terdekat mahupun yang jauh. Kami hanya mampu menjawab dengan tenang bahawa rezeki itu belum berpihak pada kami.

Yang menjadi duri adalah apabila ada seorang hamba Allah yang rapat di belah suami mula memertikai
kan tentang rezeki Allah ini. Dengan tiada rasa hormat dia mengkritik kami dengan pelbagai keburukan seolah-olah tiada setitik pun kebaikan dalam hati kami yang menyebabkan kami terhalang dari rezeki Allah yang satu ini.

Hati perempuan mana yang tidak merasa sakit, malah hati lelaki suami pun terasa pedihnya. Namun, Alhamdulillah, Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah. Sedikit keaiban dan kepedihan yang kami terima dibalas dengan berganda-ganda berita gembira.

Alhamdulillah. We will be come a parent. Please pray for us and our 'rezeki' yang sangat didamba ini!


Tuesday, December 11, 2012

Stick Together

Hope they will #sticktogether until thy r grown up
Innocent face without knowing anything.. 
May Allah bless all of you..

With love, Auntie Maz & Uncle Edy