Kipas-susah-mati
Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.
Monday, September 19, 2016
Destinasi #8 : Melaka Bandaraya Bersejarah
Tuesday, June 9, 2015
I Wanna Reset
There’s an empty world deep in my heart, save me
I wanna reset , I wanna reset , I wanna reset
Lonely eyes trapped in darkness
Is there anyone to hold my hand?
I wanna reset , I wanna reset , I wanna reset
Someone somewhere will know my miserable heart
It’s right in front of me but I can’t find it like a oriole bird
I’m flying around by myself in this darkness, in my lonely night
I’m flying around by myself in this darkness, with a miserable heart
Why don’t you know? Even if I’m a small existence
Don’t trample on me but go with me
Your careless words and actions break me down
It corners me, though you deny it
I’m hiding behind the ridicule, don’t look for me
There’s an empty world deep in my heart, save me
I wanna reset , I wanna reset , I wanna reset
Lonely eyes trapped in darkness
Is there anyone to hold my hand?
I wanna reset , I wanna reset , I wanna reset
It’s just a passing wind
I try shouting at the person next to me
But only silence is looking at me
I am walking too but why are they getting farther apart?
Why am I standing here alone?
Why is only my world stopping?
I see them fading away farther and farther
I don’t care if it’s just one person, please look back, please hold my hand
I don’t care if it’s just one time, please hold my hand
Someone please stop for a moment
There’s an empty world deep in my heart, save me
I wanna reset , I wanna reset , I wanna reset
Lonely eyes trapped in darkness
Is there anyone to hold my hand?
I wanna reset , I wanna reset , I wanna reset
Your smile that’s not ridiculing me
Finds me again from disappearing
In the darkness, your smile
Shines brightly into my heart
I wanna reset , I wanna reset , I wanna reset
Your smile that’s not ridiculing me
Finds me again from disappearing
In the darkness, your smile
Shines brightly into my heart
I wanna reset , I wanna reset , I wanna reset
How about you
I`m all about you
I wanna go back to the beautiful days
reset
I’m left alone like this, loneliness
Please hold my hand right now
I wanna reset
I wanna reset
I wanna reset
The truth is hidden by scars
I wanna go back to the happy place
I wanna reset
I wanna reset
I wanna reset
English translate Song by : Tiger JK feat Minshil
Title : Reset
OST for drama Who are you School 2015
Credit to dinosaurjerk.blogspot.com
Monday, August 25, 2014
Tahniah buat sahabat
Ya. Cikpuan tahu perjalanan cintanya.. 11 Tahun. Merentas onak duri. Pelbagai halangan dan akhirnya mereka berjaya melepasinya. Itulah usaha dan doa yang tidak putus. Alhamdulillah. Tak perlulah cikpuan nak bercerita kisah lama kerana yang pasti mereka pasti berbahagia kini. Tahniah buat sahabat yang merupakan ex-blogger (sekarang dah meninggalkan alam maya termasuklah facebook) demi tuntutan kehidupannya.
p/s : You know who you are.. if you still reader in my blog, dont forget to leave me a message okay!
Friday, July 25, 2014
Demam campak (Chicken Pox), Viral Fever (Demam Virus) ataupun Denggi??
Akhir-akhir ni terlalu banyak berita yang mendukacitakan cikpuan. Bermula dengan serangan di Gaza, kemudian nahas #MH17 meskipun misteri #MH370 masih belum terungkai. Al-Fatihah buat mangsa-mangsa nahas yang beragama Islam juga buat mereka yang gugur syahid di Gaza.
Alhamdulillah Allah masih berikan umur yang panjang buat cikpuan walaupun dalam tanpa sedar sejak pertengahan Jun yang lepas, cikpuan dan keluarga telah diduga dengan demam batuk selsema si tiga serangkai yang agak teruk. Semuanya bermula dari cikpuan. Dah tau demam teruk, masih lagi gagahkan diri pergi kerja, lepas tu jenis yang degil tak nak makan ubat. Padahnya tersebar pada Delisha memandangkan Delisha masih lagi direct bf dengan cikpuan.
Serius menyesal bila Delisha terjangkit. Sakit hati bila tengok anak sakit. Merengek, tak nak ditinggal malah dengan pengasuh pun dia tolak. Paling teruk bila satu badan Delisha mula keluar ruam-ruam kecil kecuali bahagian muka. Ingatkan ruam biasa tapi bila bercerita dengan beberapa orang yang berpengalaman, ada yang mengatakan bahawa ruam tu ruam demam campak. Ada pula kata cuma ruam panas yang disebabkan dalam badan terlalu panas.
Tiga hari demam Delisha tak kebah, bawa pergi hospital. Terpaksa ambil darah. Meronta dia di ambil darah cikpuan cuma boleh nangis dalam hati je. Dua jam tunggu baru keputusan darah keluar. Doc kata 'nothing suspicious'. Cuma demam biasa. Ruam-ruam tu pun dia tak pasti sebab apa. Dapatlah ubat demam, selsema dan calamime losyen. Berapa hari kemudian, demam kebah tapi selsema dan batuk masih berlarutan. Paling kesian, muncul satu misteri baru. Kulit kaki dan tangan Delisha - kedua-dua belah habis menggelupas.
Sedih hati cikpuan tengok anak sendiri macam tu. Kemudian husband pula demam. Tapi tak lama. Sehari dua je. Terus kebah tanpa kesan selsema dan batuk pun. Dalam dua minggu kulit Delisha menggelupas. Bila habis je bersalin kulit, awal bulan Julai ni pula Delisha diserang demam batuk selsema semula. Kali ini paling teruk sebab panas bila malam je. Malah sampai cecah ke 40 darjah celcius dan sampai menggigil satu malam sambil nangis teresak-esak. Memang sakit hati tengok. Kalau boleh pindah sakit tu, cikpuan rela cikpuan yang kena.
Tiga hari demam kemudian kebah. Alhamdulillah. Baru cikpuan nak lega, dua hari lepas tu Delisha demam lagi. Terus bawa ke hospital sekali lagi. Ambil darah lagi. Kali ni encik husband menyanyi jadi Delisha tak meronta pun. Dua jam lagi menunggu. Doc kata sama ada demam virus (viral fever) ataupun denggi. Keputusan darah tunjukkan macam tu. Jadi, doc bagi satu slip jadual di mana Delisha kena datang lagi hospital selama 2 kali lagi untuk ambil lagi darah. Okay. Cikpuan rasa macam nak pengsan.
Demi anak, cik puan ambil cuti esoknya untuk ambil darah. Demam dah kebah sikit, ujian darah pun ada peningkatan tapi masih tak stabil. Kali ni ambil darah langsung tak menangis. Dia tenung je abang yang ambil darah dia tu. Hensem kot ? Eh, hensem ke??
Baliklah cikpuan dengan hati yang sedikit tenang. Malam tu cikpuan mula rasa sakit kepala. Dalam fikiran mungkin sebab tak cukup tidur menjaga Delisha untuk beberapa minggu dan kemudian esoknya terus cikpuan pun kena demam semula. Akhirnya Delisha tak pergi pun ambil darah terakhir tu sebab cik puan dah tak larat nak ulang alik hospital. Lagipun demam Delisha pun dah kebah sepenuhnya.. Alhamdulillah. Cuma berjangkit pada cikpuan pula. Dekat seminggu lebih juga la demam tu nak kebah.
Ikutkan si farmasis adik cikpuan dia kata cikpuan dan Delisha macam terkena demam viral sebab ambil masa yang lama untuk sembuh dan beberapa kali terjadi dalam jangka pendek. Alhamdulillah semua kami pun dah beransur kebah. Dugaan Ramadhan.. ekeke..
Ok. Bai.
Tuesday, May 20, 2014
Baby Story : Ragam Baby Nak Tumbuh Gigi
Just a short entri sebab laju-laju kena siapkan kerja. Nak share macammana keadaan atau keragaman baby CikPuan masa nak tumbuh gigi.
Actually tak sedar pun si #HanaDelisha ni nak tumbuh gigi sebab dia dah tak menggigit masa menyusu. Memang lama dah dia tinggalkan tabiat gigit dan tarik dia tu, jadi memang tak sangka langsung yang dia ni tumbuh gigi.
Al-kisahnya, dah 2 hari dia ni terlebih poo poo. I was worried. I thought she might be food poisoning, sama macam kami yang kebetulan terkena masa hadir kenduri kahwin saudara terdekat. Kebetulan juga, dah beberapa hari dia ni asyik merengek je, lepas tu tak nak dengan papa dia, nak melekat juga dengan mama. Sehinggalah pagi Rabu 7/5/2014, dia punya merengek lebih dari biasa dan paling risau, Delisha tak nak minum susu. So, as a mum, i was worried so i take a leave - konon nak jumpa doktor lah kan. Tapi, lepas je mandikan dia, dia merengek-rengek, macam mengantuk nak tidur. Mula-mula paksa Delisha minum susu, dia taknak. Tepis punya tepis memang dia refuselah. Tapi mungkin dah mengantuk + lapar, akhirnya dia minum susu juga. Kejap je dia minum, dan dia terus tidur dengan nyenyaknya! Serius i worried bila Delisha tidur terlalu lama sebab normally dia jenis tidur sekejap-sekejap je. Bayangkan dari pukul 8.30 pagi sampai pukul 1.30 tengah hari baru dia bangun. Itupun Delisha pandai. Kalau mama dia ke dapur, dia akan merengek, even nak ke toilet pun tak boleh. Kena duduk sebelah dia, temankan dia tidur, then baru dia tidur nyenyak.
I call my mom - Mak cikpuan apalagi.. risaulah bila cucu dia meragam lain macam je. Cepat-cepat suruh cikpuan pergi klinik. Tapi akhirnya cikpuan tak pergi pun klinik sebab selepas Delisha bangun dan cikpuan tukarkan lampin pakai buang dia - tak ada poo poo pun macam dua hari lepas. So, lega hati mama ni. So terfikir mungkin dia nak bermanja-manja dengan mama la kot.
The next day, baru dapat tahu dari Ibu (pengasuh) yang rupanya dia tumbuh satu batang gigi atas. Serius memang cikpuan tak perasan. Dan semalam, ibu beritahu yang gigi bawah dia pun dah terasa tumbuh. Dengar je ibu bagitau, cikpuan rasa macam cikpuan ni loser gila jadi seorang mama. Anak tumbuh gigi pun tak perasan. Kesian kan? Huhu..
Tapi Alhamdulillah la, ada sesetengah baby yang cikpuan dengar demam masa tumbuh gigi. Alhamdulillah Delisha tak demam lagi. Mudah-mudahan Delisha membesar dengan sihatnya. Sekarang Delisha start pre-crawling + rambatan. Dah pandai-pandai lepas tangan sendiri pulak tu. Haish, ini budak memang lasak.
Eh, kata entri pendek je? Ni panjang menggagau dah ni. Okla. Tempek gambar Delisha satu. Nak ambil gambar gigi dia payah. Tak nak buka mulut.
Friday, May 9, 2014
Creative 3D Art di The Atmosphere, Seri Kembangan
Lama betul tak update entri. Bersawang sudah tengok blog ni. Kesian dia. Hehe..
Anyway hari ni CikPuan nak kongsikan satu tempat menarik bagi mereka-mereka yang duduk di Klang Valley ni. Bagi yang sukakan kelainan, suka bergambar, suka berphotoshoot, suka berIG.. bolehla datang ke sini. Tempat ni masih baru lagi, kebanyakkan shoplot pun tak buka lagi tapi yang menariknya ada banyak 3D art yang sangat menakjubkan di dinding-dinding bangunan ni.
Ha, di mana tu? Meh CikPuan nak bagitau, di The Atmosphere, Seri Kembangan. Masuk percuma tau. Diulangi.. MASUK PERCUMA. Kalau tengok sekali imbas macam biasa je lukisan ni tapi cuba korang halakan kamera mahal korang tu ke arah 3D tu, konfirm mulut korang akan ternganga dan kata Wow!! Orang yang buta seni macam Cikpuan pun boleh terpaku..apatah lagi anak seni kan.
Okla. Tak boleh nak tulis panjang-panjang, masa bekerja sekarang. Sila lihat gambar dibawah untuk lebih rasa takjub ye!! Muahaha..
Ok. Bai.
Saturday, April 12, 2014
KFC dan English
Lunch hari ni dine in KFC. Malas nak pilih-pilih. KFC ni dalam Aeon Bukit Tinggi Shopping Centre, so memang ramai oranglah sama ada hari biasa ataupun hujung minggu. Sampai-sampai terus beratur kat kaunter tu. Cikpuan pilih kaunter tengah. Kebetulan, depan cikpuan ada 3 orang pelancong, dari Thailand tak silap kalau ikutkan bahasa yang cikpuan dengar.
Pelancong pertama boleh cakap sikit Bahasa Melayu, tapi kurang fasih. Kesian pelancong tu, terkial-kial dia bercakap. Budak cashier tu tak faham-faham. Siap kata lagi.. 'slow..slow..'
Pelancong kedua pula cakap English, budak cashier tu pergi cakap Melayu.. ingat pelancong ni orang Malaysia ke? Hailoh.. pelancong tu minta 'fork&spoon' pun budak tu macam blur apa yang pelancong tu mintak.. Seriously cikpuan rasa nak tolong take over kaunter tu je sebab kesian dengan pelancong tu dan budak tu sekali.
Pelancong ketiga pula, bagi duit kurang, budak tu tak tau nak cakap apa, dia guna isyarat tangan je. Bila pelancong tu tanya how much, budak tu kata 5 cent.. so pelancong tu bagila 5 cent, haduila adik.. padahal kurang 50 cent kot, pastu bila tak cukup, minta lagi.. pelancong tu pulak blur. Dia ada 30 cent je, so dia bagila 30 cent. Budak tu dah malas nak minta kot, dia ambik je la walau kurang 15 cent.
Lepas tu pula, kaunter sebelah ni ada sepasang mat saleh pula minta 'no mayo', terus adik cashier tu panggil manager dia tolong take over.
Entahlah, tak tahu ni masalah siapa, the staff or the management. Ye, cikpuan tahu, siapa nak kerja kfc kan kalau fluent speaking English. Tapi apa salahnya kalau pihak management buat training to those in the first line at least the basic english la. Cikpuan pun english terabur tapi masih boleh memahami dan difahami. Mungkin kfc ada buat training kot, cikpuan je tak tau. Ehehe.
Dulu kerja retail di Aeon memang banyak training sebab setiap store memang ada 2 trainer. Seriously, Aeon memang the best la part training dia, sangat best, awesome dan tak ternilai. Cikpuan bangga pernah menjadi sebahagian keluarga Aeon. Yes, i missed those moments with them.
Ok. Bai.