Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Wednesday, May 19, 2010

PEMBUNUHAN KEJAM!! *18SG*

Aku baru dapat email pasal ni dari my ex-colleague.
Ingatkan apa kebenda la ~ bila dah review-review.. MasyaAllah..
Ini betul-betul kejam gila!! Patut kena hukum pancung je!!
Apa motif dia buat macam tu??

Korang mesti pelik kan apa la yang aku marahkan sangat tu..
Nak tau kenapa? Korang tengok la pixa2 dibawah ni.
Aku tak sanggup nak tengok buat kali kedua pun..











Ngeri!!! Memang gile kejam sape yang buat macam ni.

Gara-gara seekor lipas habis satu rumah disembur RIDSECT


L.I.P.A.S ~ cukup tak suka perkataan ni apatah lagi terjumpa tuan punya nama.
Tapi tengok OGGY & THE COCKROACHES tu okey pulak. Siap tergelak tahap gaban.


Sebab Oggy tu kartun je kot. Kalau real sure aku tak tengok.

Malam semalam terserempak la dengan seekor lipas ni.
Aku punyalah geli sampai berlari-lari kearah En. Ridsect.
Terus aku sembur ke arah si lipas.
Bukan lipas tu sahaja, satu rumah aku buat semburan besar-besaran.
Sampai habis satu botol ridsect tu.
Haish.. petang ni kena beli baru la jawabnya.

Teringat pulak kes kat opis ari tu.
En. Zach (bukan nama sebenar) siap berdiri atas kerusi sebab takut lipas.
Haha. Tapi terang-terang memang dia bagitau dia takut lipas.
Kelakar jugak. Muka handsome, badan sasa tapi takut lipas.
Hehe. Tak apela. Aku paham perasaan takot/geli ngan lipas ni.
Hehe..

Wednesday, May 12, 2010

MY RUMATE CALLED ME A WEIRDO???

oH ~ aDA sedikit pembetulan. My ex-rumate but still my best pal.
WEIRDO??
Kenapa Weirdo?? Pelik sangat ke aku ni?
Kalau korang tengok aku ada je mata, hidung, mulut..
Alhamdulillah.. cukup sifat.. Cun, comel dan sewaktu dengannya lah...
Perangai pun okay je.
Cikgu pun puji aku ni budak baik.
Lecturer pun tak pernah komplen ape-ape.
Kena tindakan disiplin jauh sekali.
Tapi kenapa minah sorang ni called me WEIRDO ah??
Siap published kat project website dia lagi.. lepas tu hantar kat lecturer pulak tu..
Sungguh sengal kawanku sorang ni..
Oh.. orang lain bukan main lagi ko puji melambung-lambung..
Baiklah, Cantiklah, peramahlah, bijaklah.. pastu bila turn aku ko tulis aku ni PELIK?
Siap buat karangan lagi pasal diri aku yg kononnya pelik nih..
Hampeh punya bestfren!!

Bila aku tanya, boleh pulak kawan-kawan aku kumpul reramai..
pastu berDISKUSI tentang ke-WEIRDO-an aku..

1. Not matching colour outfit
-seluar merah, baju hijau and tudung orange
(okeh, ni outfit aku turun cafe je ye.. sebab aku malas giler nak pakai baju lawa-lawa mcm nak ngurat abg cafe tu la..)

2. Amik cos Finance tapi baca buku psychology, garden & taichi??
(Err.. yang ni sebab konon-konon aku nak mereleasekan tension aku..)

3. Suka pegi shopping sorang2??
(ini pun mau jadi kes ka?? Aiyoo~ da korg lmbt sgt memilih brg~ aku ni malas nak tunggu2 org)

4. Moody semacam
(Err.. yang ni no komen.. aku memang ada time ribut taufan sket)

5. Suka dengar lagu klasik + retro ??
(Dah lagu tu besh.. mendayu-dayu je aku dengar.. okehla tu.. aku ni apa2 jenis lagu pun boleh masukla asalkan besh!!)

6. Suka beli stock makanan banyak-banyak tapi tak pernah makan??
(Aku kan jenis pantang nampak makanan, mesti beli tapi beli je la yang makan selalunya mesti orang lain.. err.. ni aku tak tau kenapa.. ehehe..)

Amboi-amboi banyak pulak korang nak komplen pasal aku.
Banyak lagi korang nak komplen??
Sudah-sudahla tu. Nanti aku buat part TWO eh.
Ye. Aku paham. Aku totally WEIRDO.. kot??

P/S : nAK tUKar nama JadI MissWEiRd0 la pas ni.. Uhuhu..

Tuesday, May 11, 2010

Korang kena baca nih!! Sangat menyayat hati Y_Y

Entah macam mana, godek punya godek..
Silent reader kat macam-macam blog..
Aku terbaca cartoon ni.. klik gambar untuk lebih jelas yer..




Mula-mula aku ingat just a ordinary comic..
tapi bila aku scroll gambar kat bawah...


Ini kisah benar rupenyer!!
Arghh!! Giler tersentuh hati dramaQueen ni!!
Dan lastly gambar ni..
Memang sangat menyentuh hati ~
Dahla tengah raining kat luar ni ~
Dalam hati aku pun turut hujan sekali sebab baca entry ni..
Mata pun dah bergenang-genang mula nak bertasik berkolam..
Cover-cover..
Nanti bos perasan ingat lain pulak...
Godek gambar-gambar dari ; entry Kasih Seorang Ibu by Encik Aminnuddin Yahya..

P/S : Semoga anak ini akan menghargai kasih ibunya..Selamat Hari Ibu.. pengorbanan yang amat mulia buat insan tersayang... Uwaaa... makin rintik pulak hujan ni...

AMARAN !!: Kepada semua ibu bapa, lindungila anak anda bukan mendera atau membuangnya. Kalau tak tau jaga, tak nak bela.. kenapa nak bersusah payah sembilan bulan kandung kemudian dibuang atau didera??

I LOVE U...

sANgat Em0ooo..
SaNgat-saNgaT eM0ooo..

I LOVE U... Mum!!
Selamat Hari Ibu.. untuk my mum dan juga-juga ibu sedunia ~
Sorila terlambat nak wish but better than never rite??
Bukan apa .. sekarang tengah on mood eM0oo.. so tahap kerajinan nak blogging tu cuma 5% sahaja..
Mahaplah yer..


My Mak

Selamat Hari Ibu Mak
Maafkanla anakanda yang nakal ni..
Cadang nak beli kek sambut hari ibu dengan mak..
Tapi dapat kek free pulak kan..
Next year je la ye mak??
Hehe..
Sayang Mak sangat-sangat!!
Mmmuah!!

P/S : ..... i love u.........

Thursday, May 6, 2010

BACK TO SCHOOL !! BUKAN HIGH SCHOOL MUSICAL !!



Eh?? Sekarang belum cuti sekolah lagi? Kenapa ada promosi Back To School pulak??
Ni bukanlah promosi sempena cuti sekolah ~ apatah lagi High School Musical ~
Cuma teringatkan kenangan zaman old skool dulu ~ lebih-lebih lagi Form 6 yang amat HAVOC!~
Semua gara-gara my pinky fwen (minah yg kipas-susah-mati kaler pink) yg tetiba upload our precious moment Form 6 kat FB ~
Ouh.. bila tengok balik gambar-gambar tu terasa nak putar balik je masa..
If we could spent much time together..
I miss all those moments so dem much!!
Sedih lak pulak..

Anyway we all still contact each others..
Just a few of us that MIA .. dunno where..

And eventhough the moment had been a history in our life..
We still live it with our friendship..
And i love to share to with you all ~ readers..


6A5 2004 ~ THE MOST WANTED CLASS!!

KEDUDUKAN TEMPAT

@MAHKAMAH TINGGI

MY TEMPAT DUDUK

IN FRONT CLASS WITH CLASS ACT

@GUA TEMPURUNG

@MAHKAMAH

@FRIM

@KARANGKRAF

@KELLY CASTLE

@IPPK SELANGOR

P/S : Friends Forever ~~

Monday, May 3, 2010

Selepas Cik Raincoat, kini giliran En Helmet Buruk pulak!!

Mood : Angin puting beliung tahap Dewa 18 Jurus Kuda Belang

Ni bukan drama ye. Ni kisah benar.
Aku sesungguhnya tidak mengerti manusia ini.
Sanggup mencuri, merompak, kalau duit juta-juta ada faedah jugak.
Kira orang taula motif rompakan tu apa.

Tapi kalau kes aku ni kira motif apa?
Motif manusia gila yang mementingkan diri sendiri tanpa fikir tentang orang lain??

Kes Pertama

Tarikh : In early January, tak ingat specific
Masa : Kira-kira pukul 9.00 malam
Tempat : Alamanda, Putrajaya
Mangsa : Cik Blue Raincoat

Hari tu aku melepak di Alamanda. Movies and makan-makan.
Dalam pukul 9.00 malam, mula bergerak ke parking motosikal.
Itupun selepas bayar parking motosikal beharga RM1.
Baru tersedar, hujan rupanya diluar.
Tapi terkejut bila sampai motor bila tengok Cik Raincoat dah hilang!!
Terjerit aku sekejap.
Macammana aku nak balik time hujan macam ni!!
Memang hangin betullah. 
Tak selamat dunia akhirat siapa yang aniaya aku tuh!!
Taula hujan, tapi tolonglah beli baju hujan sendiri.
Janganla sebab pentingkan diri sendiri, orang lain pulak jadi mangsa!!
Akibatnya aku balik dari Alamanda ke Seri Kembangan dalam basah hujan!!
Hello.. 30 minit tau tak?? 


comel kan puppy ni pakai raincoat?

*credit to petclothesblog.com

Kes Kedua 

Tarikh : A few weeks ago
Masa : Dalam pukul 9.30 pagi
Tempat : Depan Ofis, Jalan Mutiara 1/1
Mangsa : Encik Black Helmet
ni agak sengal jugakla.
Sebab berlaku depan mata aku.
Aku duduk kat kaunter Receptionist.
Aku ternampak seorang mamat lalu bersama aweknya.
Berhenti di tempat aku parking motor. Kat tepi ofis. Aku tak nampak motor aku sangat dari kaunter.
Awek dia turun and tak tahu kemana. Mamat tu tunggu kat motor dia.
Mr. Stanley masuk. Borak-borak kejap dengan dia.
Lepas tu aku nampak awek dia datang balik.
Diorang naik motor and then tak tau kemana.
Tiba-tiba mamat tu datang balik. Seorang.
Berenti lagi kat tempat parking motor.
Aku ingatkan dia nak parking motor. So aku ignore je la.
Tapi dia lalu balik depan ofis.
Dengan bawab satu lagi helmet.
Eh, macam helmet aku je tu!! Aku jenguk keluar!!
Dem!! Betul helmet aku!!
Apalagi.. menjeritla aku sampai satu opis terkejut.
Nak kejar memang tak sempat dah. Sebab diorang dah keluar ke jalan besar.
Diorang tu ada otak ke tak??
Ada pikir tak macammana aku nak balik tanpa helmet??


nak kenalkan helmet baru aku
Encik Optimus Prime!!

*credit to gadgetgrid.com

P/S : Aku bukan nak berdrama, tapi agak panas hati, jantung dan limpa jugakla disebabkan kes-kes begini. Harap-harap Allah akan balas setimpal lah dengan apa yang mereka buat pada aku.