Ni bukan drama ye. Ni kisah benar.
Aku sesungguhnya tidak mengerti manusia ini.
Sanggup mencuri, merompak, kalau duit juta-juta ada faedah jugak.
Kira orang taula motif rompakan tu apa.
Tapi kalau kes aku ni kira motif apa?
Motif manusia gila yang mementingkan diri sendiri tanpa fikir tentang orang lain??
Kes Pertama
Tarikh : In early January, tak ingat specific
Masa : Kira-kira pukul 9.00 malam
Tempat : Alamanda, Putrajaya
Mangsa : Cik Blue Raincoat
Hari tu aku melepak di Alamanda. Movies and makan-makan.
Dalam pukul 9.00 malam, mula bergerak ke parking motosikal.
Itupun selepas bayar parking motosikal beharga RM1.
Baru tersedar, hujan rupanya diluar.
Tapi terkejut bila sampai motor bila tengok Cik Raincoat dah hilang!!
Terjerit aku sekejap.
Macammana aku nak balik time hujan macam ni!!
Memang hangin betullah.
Tak selamat dunia akhirat siapa yang aniaya aku tuh!!
Taula hujan, tapi tolonglah beli baju hujan sendiri.
Janganla sebab pentingkan diri sendiri, orang lain pulak jadi mangsa!!
Akibatnya aku balik dari Alamanda ke Seri Kembangan dalam basah hujan!!
Hello.. 30 minit tau tak??
comel kan puppy ni pakai raincoat?
*credit to petclothesblog.com
Kes Kedua
Tarikh : A few weeks ago
Masa : Dalam pukul 9.30 pagi
Tempat : Depan Ofis, Jalan Mutiara 1/1
Mangsa : Encik Black Helmet
ni agak sengal jugakla.
ni agak sengal jugakla.
Sebab berlaku depan mata aku.
Aku duduk kat kaunter Receptionist.
Aku ternampak seorang mamat lalu bersama aweknya.
Berhenti di tempat aku parking motor. Kat tepi ofis. Aku tak nampak motor aku sangat dari kaunter.
Awek dia turun and tak tahu kemana. Mamat tu tunggu kat motor dia.
Mr. Stanley masuk. Borak-borak kejap dengan dia.
Lepas tu aku nampak awek dia datang balik.
Diorang naik motor and then tak tau kemana.
Tiba-tiba mamat tu datang balik. Seorang.
Berenti lagi kat tempat parking motor.
Aku ingatkan dia nak parking motor. So aku ignore je la.
Tapi dia lalu balik depan ofis.
Dengan bawab satu lagi helmet.
Eh, macam helmet aku je tu!! Aku jenguk keluar!!
Dem!! Betul helmet aku!!
Apalagi.. menjeritla aku sampai satu opis terkejut.
Nak kejar memang tak sempat dah. Sebab diorang dah keluar ke jalan besar.
Diorang tu ada otak ke tak??
Ada pikir tak macammana aku nak balik tanpa helmet??
nak kenalkan helmet baru aku
Encik Optimus Prime!!
*credit to gadgetgrid.com
P/S : Aku bukan nak berdrama, tapi agak panas hati, jantung dan limpa jugakla disebabkan kes-kes begini. Harap-harap Allah akan balas setimpal lah dengan apa yang mereka buat pada aku.
uishh..curik helmet. adess.. mmg geram n sakit hati sgt2. sabo la ye..dugaan tue. =)
ReplyDelete