Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Thursday, January 7, 2010

STALKER @ SECRET ADMIRE 2 : Who is Radhi??

Dah dua hari aku dok memikirkan nak buat entri apa utk memenuhi request Abadi. Jenuh jugak la nak mengingat cerita lama. Memang ingat ada beberapa kes ni. Tapi mungkin tak elok untuk tatapan umum kot. Yela, memandangkan kes ni cuma persepsi dari sebelah pihak jer (pihak aku le tu). Memang kebanyakkannya melibatkan aku.. (haha.. aku kan Queen Involve..), dimana ada aku disitu ada kes...haha.. yang sebenarnya aku taknak melibatkan diri pun tapi entahlah dah terlibat pun. Nak buat macam mana kan?

Biarla aku cerita pasal kes yang agak.. hurmm.. aku segan nak cerita sebenarnya. Tapi aku nak cerita jugak walaupun akan kena bahan and maybe akan ada orang yang akan jelezz.. huhu..  Tapi entri ni panjang sikitla.. Err.. bukan sikit kot.. banyak aku rase.. 

Kes ni.. bermula awal tahun Tingkatan 6 Atas. Mesyuarat rumah sukan baru je habis. Aku ni pulak excited sebab sama hari latihan sukan dengan Aida my best pal (eventhough aku tak masuk apa-apa pun sebenarnya). Aku tak sure sebenarnya sama ada we all nak ke toilet or nak ke Pusat Sumber, tapi direction sama, yang mana kiteorang akan lalu kantin.

Kat kantin ni pulak, guys masih lagi duduk melepak kat situ (Malay boyz Upper 6..). Aku perasan la jugak ada bebudak kelas aku si Zaidi, Mirul and Macho Man Abadi. Lalu je kantin tu, tiba-tiba si Zaidi ni bersuara.
'Ha, tu maziah.. tu maziah..' Aku ni pun menolehla.
'Ada apa sebut-sebut nama aku?' Aku pun tanyala. Tapi dia buat-buat bodoh pulak. Aku malasla layan, jadi aku pun teruskan perjalanan ke toilet la dengan Aida. Aku segan sebenarnya sebab guyz ramai sangat. Setakat bebudak kelas aku yang perangai cam cimpanzi (Oppss..) tu aku leh terima lagi..

Bila kiteorang dah balik dari toilet, err.. rasa before tu singgah Pusat Sumber gak kejap, bebudak lelaki still lepak kat kantin. Tapi entah macammana, kiteorang je lalu, diorang pun bangun, membontoti (huh, ayat bukan main lagi.. huhu..) kiteorang. As budak pompuan, we all sebenarnya tak suka kalau lelaki ikut kat belakang (FYI to all guys out there...), tapi tak tahula kalau ada pompuan yang suka diekori.. Jadi time tu we all pun laju je la jalan. Bebudak guyz kat belakang ni pulak dok bising-bising.
'Cakaplah.. cakaplah..' Aku dengan Aida da berpandangan, hurm.. apalagi, makin laju la langkahan kiteorang. Sebab utama kenapa kiteorang semakin laju ialah kiteorang takut jer kena bahan dengan diorang. Diorang ni kira tahap expert la dalam bahan membahan orang.

'Hai Maziah' tiba-tiba ada satu suara yang menyapa aku. Budak-budak lelaki lain semua tergelak terbahak-bahak. Aku da pandang Aida, Aida da pandang aku dengan muka nak ketawa. Aku sebenarnya nak tergelak jugak, yela memang kelakar gila cara dia cakap tu. Tapi aku tahan je la, yang penting kena lari dulu dari diorang.

Kelas kiteorang ni kat 2nd floor. So, nak naik kat bangunan kelas ada 2 tangga, depan dan belakang. Mula-mula memang kiteorang ikut tangga depan, tapi sebab nak lari, kat 1st floor tu kiteorang tak terus naik tangga, tapi terus ke arah tangga belakang. So, selamat la. Ha, masa naik tangga tu bebudak guyz ni bising-bising and ada sebut satu nama yang kirim salam dengan Maziah (akula tu..). Aku tak dapat tangkap sapa, sebab aku cuma dengar Di je last dia. Bila aku tanya Aida balik, Aida bagitau kalau tak silap pendengaran dia, diorang sebut Radhi..

Huh? Siapa Radhi? Aku tak tau pulak ada budak Form 6 bernama Radhi.. Adakah Radhi O.A.G??


No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!