Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Tuesday, December 3, 2013

A Summary of my 9 Months pregnancy story Part 2 (Week 9 - 20 )

Ok. Meh sambung ke bahagian kedua. Kali ni bulan ke 3 hingga ke 5 pula.

Bulan March ni kenduri belah pengantin lelaki iaitu di rumah parent cikpuan la. Bulan ketiga ni start alahan teruk Morning sickness, Afternoon sickness, Night sickness, pemalas overload, emotional unstable, selekeh.. semua ada. Memang worse sungguh la rasa cikpuan masa tu. Dahla husband pun mula-mula tak berapa nak paham kenapa wife kesayangan dia ni macam ni. Hari-hari nangis. Takleh tegur sikit pun, mesti dah meleleh. Tak payah cakap tegur la. Tak cakap pape pun memang cikpuan dah menangis. Bangun tido nangis. Pergi keje nangis. Kat ofis nangis. Balik pun nangis. Nak tido nangis lagi. 5 kali sehari. Macam sembahyang pulak dah.

Jangankan kata husband , manager dan colleagues pun jadi pening dengan sikap cikpuan yang berubah 200% tu. Husband sampai stress2 kat rumah tak tau nak tolong macammana. Kat ofis pulak bertambah parah sebab cikpuan start jawatan baru so kena belajar lagi dan time tu otak jadi macam slow gile takleh nak absorb new thing.

Mula-mula okay lagi tapi bila cikpuan mula tak dapat bahagikan masa antara kerja-kerja cikpuan, cikpuan mula stress. Cikpuan masih buat kerja jawatan lama dan juga start kerja jawatan baru. Pendek kata dua kerja dalam satu masa dalam kondisi yang sangat tidak selesa. Disebabkan cikpuan tahu cikpuan tak mampu, cikpuan pun minta pada manager untuk kembali ke jawatan lama tapi manager reject dengan alasan dah ambil staff baru. OK Fine ambil staff baru tapi still kerja lama cikpuan masih cikpuan selesaikan.

Oh. sangat stress. Tiga kali minta resign (tak hantar surat lagi) kena reject. Sampaila sampai ke awal bulan Mei tu memang cikpuan tak larat dah. Bawa kereta pagi-pagi dengan tak cukup tidur sebab cikpuan malam bermasalah untuk tidur. Beberapa kali hampir eksiden disebabkan mengantuk. Dengan jem teruk dan perjalanan jauh dari Banting ke USJ memang menjadi salah satu faktor juga. Akhirnya cikpuan hantar surat resign dan akhirnya mereka terima.

Last week bulan kelima tu kebetulan ada Karnival Belia 1Malaysia kalau tak silap, di Putrajaya. Walaupun dengan kondisi yang kurang memberangsangkan, cikpuan nak juga keluar berjalan-jalan melihat dunia. Walhal setiap minggu adalah harus untuk keluar dengan husband. Tak kisahlah ke pantai, shopping complex, wayang ataupun sekadar taman awam, keluar setiap hujung minggu adalah satu kemestian. Oh ya, tak lupa uptown yang merupakan kegemaran kami walaupun terpaksa bersesak dengan orang ramai. Dan Karnival Belia ni sudah semestinya sesuatu yang tak dapat ditinggalkan. Haruslah pergi.. setakat Putrajaya je pun kan..

Memang lupa lautan lah kan di Karnival Belia ni. Bukan sehari kami datang, malah dua hari kot. 1st day datang dengan adik-adik cikpuan. 2nd day kami dating berdua. Eh, bertiga.. (sorry baby mama lupa). Memang meriah dan ramai orang tapi yang tak bestnya, masa naik bas pendek (tak tau apa nama bas tu), tak ada siapa yang sudi untuk beri cikpuan duduk. Tu membuatkan husband cikpuan bengang. Wanita mengandung kot.. malah rata-rata penumpang bas yang cikpuan lihat masing-masing muda belia cuma melihat dan menjeling sahaja. Nyaris-nyaris husband nak marah dalam bas tu tapi cikpuan pujuk husband suruh cool. Akhirnya cikpuan bersandar pada husband dengan sebelah tangan pegang tiang.

Namun bukan itu sahaja pengalaman buruk cikpuan, pada hari kedua tu pula entah bagaimana, cikpuan boleh tergelincir jatuh. Nasib baik tangan dan lutut sempat tahan dari perut jatuh dulu. Husband pulak sempat tarik tangan lagi sebelah. So, perut tak ada efek. Walaumacammanapun, hari Isnin perut terasa sakit semacam tapi cikpuan tahan sampailah hari Selasa tu memang dah rasa sakit sangat. Pergi klinik tapi doktor kata tak ada apa-apa tapi perut masih sakit. Jadi, cikpuan cuma duduk di rumah berehat sambil menangis tahan sakit.

Seminggu jugakla tahan sakit teruk. Takleh drive, takleh nak buat apa. Husband pun pening dan resah tak tau macammana nak tolong.Alhamdulillah, sakit beransur pulih. Tapi masih tak boleh nak drive kereta sebab perut terasa sakit. Jadi banyak duduk rumah (memandangkan cikpuan dah resign) menghabiskan masa sehari-hari. Bila ingat-ingat balik masa tu, cikpuan baru terasa bosannya duduk rumah tak buat pape pun. Tengok tv and download kpop dari internet adela. Serius, sekarang baru terpikir. Entahla mungkin masa preggy tu dah tak pikir apa, otak pun dah tunggang terbalik sikit. huhu.

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!