Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Saturday, February 13, 2010

8 habits that can shorten your life !!

Entri kali ni nak berkongsi dengan para pembaca semua tentang 8 tabiat yang boleh memudaratkan hidup seseorang. Email ni dihantar oleh my housemate beberapa bulan lepas. Masalahnya, dia yang hantar kat aku tapi dia still mempunyai beberapa tabiat yang disenaraikan di bawah...

Menurut pengamal Perubatan Tradisional China, Wong Pang Ong, bekerja terlalu keras tanpa rehat boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Beliau menerangkan kepada Shin Min Daily News, terdapat 8 kebiasaan atau tabiat masyarakat masa kini yang akan memumemendekkan jangka hayat usia mereka.

1. Tidak melawat doktor ketika sakit
Professor Wong mengatakan bahawa virus daripada penyakit tertentu boleh merosakkan kerosakan pada jantung dan boleh merangsang serangan jantung.



2. Tidak cukup tidur
Tidak cukup tidur boleh menyebabkan penurunan imun dalam badan, membuat anda lebih terdedah kepada pelbagai penyakit.
3. Pemakanan yang tidak teratur
Waktu makan yang tidak menentu boleh menyebabkan kekurangan gula dalam darah dan menyebabkan masalah dengan sistem endokrin.


4. Kurangnya komunikasi dengan ahli keluarga.
Professor Wong mengatakan bahawa kesejahteraan mental adalah penting bagi kehidupan yang bahagia.

5. Duduk untuk tempoh masa yang lama

Duduk dalam satu posisi terlalu lama tidak merangsang peredaran darah dan memudaratkan bagi sendi.



6. Menatap skrin komputer terlalu lama
Ini adalah salah satu sebab mengapa orang bermasalah dengan tulang punggung dan leher, katanya.

7. Tidak mengambil sarapan
Melewatkan makan pertama pada hari itu boleh menyebabkan gula dalam darah dan insulin tidak teratur. Tingkat insulin darah abnormal dalam satu jangka masa boleh menyebabkan diabetes. Orang-orang yang makan makanan secara tidak teratur lebih cenderung menghidapi penyakit ginjal.

8. Tidak melakukan pemeriksaan penuh tubuh
Ketidakpedulian terhadap pemeriksaan tubuh membuat orang tidak menyedari apa yang berlaku di dalam tubuh badan mereka, kata Profesor Wong.

*pixie sume credit to Incik Google

P/S : Alamak!! aku pun selalu tak cukup tido ar?? Dah dah.. aku pun nak tido dah ni..

No comments:

Post a Comment

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!