Kipas-susah-mati
Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.
Tuesday, February 16, 2010
Bila Piah Kata Tak Tahu.
baru je
1:08 PM
Hari tu macam biasa kiteorang lepak kat café untuk lunch..
Aku, Piah, En K, En I, En D dan En S *semua bukan nama sebenar
Encik KIDS berempat ni sedang berborak, biasala lelaki..
Itulah yang diorang borakkan pasal s*** walaupun aku tau diorang memang bergurau cara macam tu..
Dahla tu.. depan aku dengan Piah pulak tu!
Tau la kiteorang ni tak kisah tapi kadang-kadang tu silalah hormati wanita keh!!
Sila jangan buat aku dengan Piah macam kawan-kawan lelaki korang untuk share menda-menda camtuh!!
Berapa kali aku tegur si D bagitau jangan rosakkan si Piah ni..
Dia ni naïf tersangat-sangat..
Dari awal kiteorang kenal memang dia ni bagaikan kain putih bersih..
Si D pulak jenis tak makan saman..
Dia sebuk bercerita dengan K,S dan I tentang 'adik-adik' ...
Aku ni malas nak mendengar, buat bodoh je la..
Sambil makan nasi walaupun aku terasa nak muntah mendengar terdengar cerita rekaan diorang tuh..
Tengah-tengah cerita ni si Piah buat muka blur sambil khusyuk dengar cerita diorang..
D pun tanyalah kat si Piah ni..
‘Piah ko tau ke apa kiteorang borakkan ni?’
‘Eh tau.. korang ingat aku ni bengap sangat ke??’ beriya-iya si Piah ni bagitau dengan muka yang confident..
Diorang gelak jer dengar Piah cakap camtuh..
Abis je lunch, masukla opis balik..
Tetiba aku dapat sms dari si Piah..
‘Mas, aku nak g solat ni.. tapi dari tadi aku tertanya-tanya satu perkara.. nanti takut aku tak khusyuk lak..’ lebih kurang macam tu la mesej si Piah ni..
‘Apa benda? Tanyala..’
‘Err..’adik’ tu apa??’ Haha.. hamper je aku gelak berguling-guling dalam opis. Piah oh Piah.. mati-mati aku ingat ko paham rupanya itu pun ko tak tahu..
Aku pun jelaskan la kat budak seorang tuh..
‘Piah..’adik’ tu maknanya *** lelaki..’
‘Oh ye ke.. baru aku tau..’
Kadang-kadang memang kelakar si Piah ni. Dia selalu tafsirkan benda lain apa yang orang lain cakap..
P/S : Piah ni Cuma muda 2 tahun je dari aku.. selalu tak paham orang dewasa cakap apa.. sebab dia ni macam budak-budak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!