Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Wednesday, March 10, 2010

Keceluparan mulut tak berinsurans.. Maaf sangat-sangat!! Tak sengaja!!


Ni entri nak meminta maaf..
Dari hujung rambut sampai hujung kaki..
Atas keceluparan mulut aku yang tiada insurans ni..
Kepada adik yang aku tidak tahu namanya..
Yang pakai baju sukan sekolah tadika kot yang bewarna kuning..
Kakak minta maaf sangat-sangat..
Kakak betul-betul tak tahu..



Alkisahnya begini..
Tengah hari tadi, aku, Lin dan Faiz pergi ke Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri, Dengkil..
Tujuan kami adalah untuk menghantar wang sumbangan derma yang kami perolehi kepada pihak rumah..
Sampai sahaja disana, suasana senyap sunyi..
Mungkin anak-anak rumah Baiduri belum pulang dari sekolah..

Faiz memberi salam..
Muncul seorang kanak-kanak berusia lebih kurang 5 tahun..
Berbaju sukan bewarna kuning..

'Hai dik..' aku menyapa kanak-kanak tersebut yang sedang membuka kasut sekolahnya.
'Eh.. kenapa tak pernah nampak budak ni ye?' tiba-tiba Faiz bertanya.
'Iyelah.. hari tu pergi Zoo Negara pun tak ada..' sampuk aku pulak.
'Owh, anak Encik Fuad kot..' teka Faiz.
Kami tunggu di depan pintu agak lama. Tapi masih tidak kelihatan Encik Fuad (pengetua) mahupun penjaga-penjaga yang lain. Si kanak-kanak masih bermain di depan pintu.

'Dik.. ayah mana?'kerana menyangkakan kanak-kanak tersebut anak kepada Encik Fuad, aku pun mengutarakan soalan ini.
'Ayah dah meninggal..' memang direct budak tu jawap. Aku terus terkedu. Sesal yang amat sangat kerana bertanyakan soalan tersebut. Faiz dan Lin merenung aku seolah-olah nak makan aku.

Huhu.. sumpah aku tak tahu. Kalau aku tahu memang aku tak tanya. Mati-mati aku sangka budak tu anak Encik Fuad. Rupanya dia juga salah seorang anak di situ.

Maaf sangat-sangat dik Kakak betul betul tak sengaja.

P/S : Mulut aku ni celupar betullah!! apa la perasaan budak tu aku tanya soalan sensitif macam tu!

2 comments:

  1. halah, xsengaje xpe.
    budak 2 pon aku rase ok kot.
    aku jgak rase bdak tu dah biase dgn that kind of ques.

    ReplyDelete
  2. Tetap terasa
    coz teringat balik my cousin masa arwah uncle i meninggal..
    umo kecik lg mcm tu lah..
    menangis-nangis nak ikut ayah dia..

    ReplyDelete

Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!