Aku yang sedang buat sesi kaunseling.. abaikan mamat sebelah kiri tuh..
Dia tengah cover nak korek hidung!!
Emo pulak hari ni..
Bukan hari ni je. Semenjak dua hari lepas..
Memang ada penyebabnya.. cuma tak tau nak luahkan macammana..
Nak luahkan kat diari..
Aku ni tak ada diari..
Nak luahkan kat kengkawan..
nanti ada yang makan hati pulak..
Nak luahkan kat 'orang sebelah'..
'Orang sebelah' dok busy memanjang..
Nak luahkan kat blog ni..
Err.. seram pulak.. banyak silent reader..
Lagipun tak elok pulak nak bukak sana sini..
Nanti kata apa pulak la aku nih..
*Sila jangan salah faham.. bukan buka baju hokey!! Buka cerita yer yang aku maksudkan..
Jadinya, aku bisikkanlah pada hati supaya banyakkanlah bersabar..
Lagipun esok lusa sudah tentu aku lupa benda ni..
Yela.. aku ni banyak sangat makan semut.. semut air asam.. huhu..
Naseb baik nama sendiri ingat..
Eh, ko ni sape ye??
P/S : Pagi tadi aku dah luahkan rasa perut aku kat toilet office.. haha..
luahkan pada family la klu susah sgt..
ReplyDelete