Assalammualaikum & Hi,
Susu. Kadangkala rasa rendah diri sebab tak dapat memberikan
susu ibu sepenuhnya (fully breastfeeding) pada Hana Delisha. Selalu orang
tegur, kenapa tak guna produk ni, produk tu, produk bla bla, makan tu, makan
ni, makan bla bla. Cikpuan teringin juga nak cuba tapi tak berani sebab takut
effect pada Delisha. Cikpuan ada minum satu produk ni sebab nak banyakkan susu,
tapi Delisha pula yang sakit perut. Jadi nak cuba produk-produk lain rasa
berbelah bagi. Jadi cikpuan cubala makan makanan biasa yang boleh memperbanyakkan
susu. Lobak putih, sawi, kurma, kismis.. semua cikpuan bedal tapi susu masih
sama. Masa pantang dulu sampai Delisha naik marah sebab mama dia tak cukup
susu. Kesian Hana Delisha. Jadi nak tak nak, terpaksa jugala campur dengan susu
formula.
Bagaimana nak memilih susu formula untuk pertama kali?
1. Ikut kesesuaian
usia - Ibu bapa kena teliti susu formula betul-betul. Untuk setiap usia, susu
pun berlainan, pengeluar produk dah upgrade dah kepada rasa yang lebih keras.
Jadi para ibu bapa kena lebih waspada dan teliti pemilihan susu formula ni ikut
kesesuaian usia.
2. Ikut Bajet - Ikut bajet ibu bapa itu sendiri. Kalau mampu
boleh pilih yang mahal. Kalau macam cikpuan ni, kita pilih yang biasa je dulu.
Lagipun takut baby tak sesuai. Membazir nanti. Beli pek kecil dulu, sebab nak
cuba pertama kali. Kalau tak sesuai, tidaklah membazir nanti.
3. Ikut isi kandungan Susu - Ada sesetengah ibu bapa, suka
membandingkan antara kandungan di dalam susu. Mana yang lebih baik buat anak
mereka. Ada DHA, AHA, Vitamin, Zat Besi dan macam-macam lagi lah.
4. Ikut kesesuaian Bayi - Bila dah beli satu jenis susu ni,
tak semestinya susu tu sesuai dengan bayi. Ibu bapa kena sentiasa memerhati
jika ada masalah-masalah yang bayi hadapi sepanjang pengambilan susu formula
tersebut. Sama ada dari segi alahan, sembelit mahupun masalah-masalah lain.
Kalau bayi alahan pada susu lembu (laktosa) kenalah tukar pada susu tanpa
laktosa (biasanya susu soya).
Pengalaman Hana Delisha.
Ok. Kita cerita pengalaman Hana Delisha dengan susu formula
ni pula. Cikpuan pada awalnya tak mengalami masalah kekurangan susu ibu pun.
Cuma, semakin Hana Delisha membesar, semakin kuat dia minum susu. Adakala
cikpuan cuba juga untuk pam sebagai stok, namun hampa sebab konon nak simpan,
tapi bila susu cikpuan kurang, terpaksa ambil stok simpanan juga sebagai ganti
buat Hana Delisha. Lagipun cikpuan bermasalah dengan pam elektrik. Orang kata
tak berjodoh dengan pam elektrik. Keluar sikit je. Dalam sejam baru 1 ke 2 oz.
Oh, penat menunggu. Kalau nak banyak sikit, cikpuan kena buat pam secara manual
(guna tangan). Lebih cepat ok. 1 ke 2 oz lebih kurang 15 minit ke 30 minit.
Akhirnya, cikpuan tak pam pun sebab kalau pam, susu lagi tak cukup.
Jadi, ada satu hari ni masa berpantang, Hana Delisha marah
sebab susu tak cukup. Stok pun dah habis. Puaslah cikpuan makan, minum air
banyak pun masih tak cukup. Hana Delisha masih nak menyusu lagi. Memandangkan
cikpuan pun nak mula bekerja tak lama lagi, jadi mak cikpuan pun nasihatkanlah
untuk beli susu formula. Pilih punya pilih, cikpuan tertarik dengan Dulac-Step
1. Kenapa cikpuan pilih Dulac? Sebab cikpuan ni anak Dumex!! Hehe.. Mahal pun tak mahal. Dalam belas-belas
ringgit macam tulah untuk pek paling kecil. Alhamdulillah dalam seminggu
mencuba, Hana Delisha taka da masalah sembelit, alahan ataupun sebagainya.
Dalam sebulan lebih lepas tu, baru Hana Delisha ada masalah
sedikit. Mula-mula 3 hari tak poo poo. Lepas tu berlarutan ke 5 hari. Tapi yang
peliknya perut Hana Delisha tak keras macam sembelit. Walaupun doctor kata
bukan masalah susu tapi disebabkan risau, kami tukar juga susu ke Dutch Baby :
Langkah 1. Ada entri mengenai poo poo tu
di sini ya!
Sehingga ke tarikh cikpuan menulis entri ini, Hana Delisha
masih lagi minum susu Dutch Baby langkah 1 (siang hari) dan susu ibu pada malam
hari. Alhamdulillah sihat dan kuat cuma sejak cikpuan demam batuk dua tiga hari
ni, Hana Delisha pun mula batuk-batuk. Semoga cepat sembuh sayang!
Kepada ibu bapa yang mempunyai masalah yang sama dengan
cikpuan, nak taknak terpaksalah berikan anak susu formula. Pedulikan apa orang
kata, semestinya setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak mereka cuma rezeki
kita untuk membekalkan tu tak sampai lagi. Harap-harapnya adalah rezeki selepas
ini. Dalam pada nak mencari susu formula terbaik pun pilihlah secara berhemah
sebab terlalu bayak jenis susu formula di pasaran dan masing-masing
berlumba-lumba mengiklankan kebaikkan-kebaikkan yang ada dalam produk keluaran
mereka. Jadi, ibu bapa perlulah bijak memilih susu apa yang sesuai dan terbaik
untuk anak mereka.
Sekian. Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment
Sweet? Sour? Bitter? Spill in here. Thank you!