Kipas-susah-mati

Die to know?? Kindly click by yourself. Thanks.

Monday, February 24, 2014

Baby Story : Bagaimana memilih susu formula buat pertama kali

Assalammualaikum & Hi,

Susu. Kadangkala rasa rendah diri sebab tak dapat memberikan susu ibu sepenuhnya (fully breastfeeding) pada Hana Delisha. Selalu orang tegur, kenapa tak guna produk ni, produk tu, produk bla bla, makan tu, makan ni, makan bla bla. Cikpuan teringin juga nak cuba tapi tak berani sebab takut effect pada Delisha. Cikpuan ada minum satu produk ni sebab nak banyakkan susu, tapi Delisha pula yang sakit perut. Jadi nak cuba produk-produk lain rasa berbelah bagi. Jadi cikpuan cubala makan makanan biasa yang boleh memperbanyakkan susu. Lobak putih, sawi, kurma, kismis.. semua cikpuan bedal tapi susu masih sama. Masa pantang dulu sampai Delisha naik marah sebab mama dia tak cukup susu. Kesian Hana Delisha. Jadi nak tak nak, terpaksa jugala campur dengan susu formula.

Bagaimana nak memilih susu formula untuk pertama kali?

1.  Ikut kesesuaian usia - Ibu bapa kena teliti susu formula betul-betul. Untuk setiap usia, susu pun berlainan, pengeluar produk dah upgrade dah kepada rasa yang lebih keras. Jadi para ibu bapa kena lebih waspada dan teliti pemilihan susu formula ni ikut kesesuaian usia.

2. Ikut Bajet - Ikut bajet ibu bapa itu sendiri. Kalau mampu boleh pilih yang mahal. Kalau macam cikpuan ni, kita pilih yang biasa je dulu. Lagipun takut baby tak sesuai. Membazir nanti. Beli pek kecil dulu, sebab nak cuba pertama kali. Kalau tak sesuai, tidaklah membazir nanti.

3. Ikut isi kandungan Susu - Ada sesetengah ibu bapa, suka membandingkan antara kandungan di dalam susu. Mana yang lebih baik buat anak mereka. Ada DHA, AHA, Vitamin, Zat Besi dan macam-macam lagi lah.

4. Ikut kesesuaian Bayi - Bila dah beli satu jenis susu ni, tak semestinya susu tu sesuai dengan bayi. Ibu bapa kena sentiasa memerhati jika ada masalah-masalah yang bayi hadapi sepanjang pengambilan susu formula tersebut. Sama ada dari segi alahan, sembelit mahupun masalah-masalah lain. Kalau bayi alahan pada susu lembu (laktosa) kenalah tukar pada susu tanpa laktosa (biasanya susu soya).

Pengalaman Hana Delisha.

Ok. Kita cerita pengalaman Hana Delisha dengan susu formula ni pula. Cikpuan pada awalnya tak mengalami masalah kekurangan susu ibu pun. Cuma, semakin Hana Delisha membesar, semakin kuat dia minum susu. Adakala cikpuan cuba juga untuk pam sebagai stok, namun hampa sebab konon nak simpan, tapi bila susu cikpuan kurang, terpaksa ambil stok simpanan juga sebagai ganti buat Hana Delisha. Lagipun cikpuan bermasalah dengan pam elektrik. Orang kata tak berjodoh dengan pam elektrik. Keluar sikit je. Dalam sejam baru 1 ke 2 oz. Oh, penat menunggu. Kalau nak banyak sikit, cikpuan kena buat pam secara manual (guna tangan). Lebih cepat ok. 1 ke 2 oz lebih kurang 15 minit ke 30 minit. Akhirnya, cikpuan tak pam pun sebab kalau pam, susu lagi tak cukup.

Jadi, ada satu hari ni masa berpantang, Hana Delisha marah sebab susu tak cukup. Stok pun dah habis. Puaslah cikpuan makan, minum air banyak pun masih tak cukup. Hana Delisha masih nak menyusu lagi. Memandangkan cikpuan pun nak mula bekerja tak lama lagi, jadi mak cikpuan pun nasihatkanlah untuk beli susu formula. Pilih punya pilih, cikpuan tertarik dengan Dulac-Step 1. Kenapa cikpuan pilih Dulac? Sebab cikpuan ni anak Dumex!! Hehe..  Mahal pun tak mahal. Dalam belas-belas ringgit macam tulah untuk pek paling kecil. Alhamdulillah dalam seminggu mencuba, Hana Delisha taka da masalah sembelit, alahan ataupun sebagainya.

Dalam sebulan lebih lepas tu, baru Hana Delisha ada masalah sedikit. Mula-mula 3 hari tak poo poo. Lepas tu berlarutan ke 5 hari. Tapi yang peliknya perut Hana Delisha tak keras macam sembelit. Walaupun doctor kata bukan masalah susu tapi disebabkan risau, kami tukar juga susu ke Dutch Baby : Langkah 1. Ada entri mengenai  poo poo tu di sini ya!

Sehingga ke tarikh cikpuan menulis entri ini, Hana Delisha masih lagi minum susu Dutch Baby langkah 1 (siang hari) dan susu ibu pada malam hari. Alhamdulillah sihat dan kuat cuma sejak cikpuan demam batuk dua tiga hari ni, Hana Delisha pun mula batuk-batuk. Semoga cepat sembuh sayang!

Kepada ibu bapa yang mempunyai masalah yang sama dengan cikpuan, nak taknak terpaksalah berikan anak susu formula. Pedulikan apa orang kata, semestinya setiap ibu bapa nak yang terbaik untuk anak mereka cuma rezeki kita untuk membekalkan tu tak sampai lagi. Harap-harapnya adalah rezeki selepas ini. Dalam pada nak mencari susu formula terbaik pun pilihlah secara berhemah sebab terlalu bayak jenis susu formula di pasaran dan masing-masing berlumba-lumba mengiklankan kebaikkan-kebaikkan yang ada dalam produk keluaran mereka. Jadi, ibu bapa perlulah bijak memilih susu apa yang sesuai dan terbaik untuk anak mereka.


Sekian. Jumpa lagi!

Tuesday, February 18, 2014

Baby Story : Car Seat / Baby Carrier

Assalammualaikum & Hi,

Memandangkan cikpuan kerap travel dengan baby, sebagai single driver, jadi keperluan yang paling penting adalah car seat. Masa baby 2 bulan lagi cikpuan sibuk cari baby car seat. Kedai demi kedai kami survey dan akhirnya kami singgah di BST, Bandar Botanic. Kedai ni menjual barang-barang terpakai dengan harga berpatutan.

Pada mulanya cikpuan agak ragu- ragu nak beli yang terpakai tapi bila dah inspect semua dan memang condition masih tip top disusuli pula dengan harga yang affordable dan sesuai, cikpuan pun setujulah. Lagipun baby cepat besar, anak buah cikpuan pun tak sampai setahun dah taknak duduk car seat dia. Nanti Delisha dah pandai duduk kena beli car seat lain lagi, so daripada membazir tak mengapalah beli yang terpakai sekalipun.

Tapi seriously memang sangat puashati dengan car seat ni. Masa mula-mula pilih, saje je cuba letak Delisha dalam tu, terus dia tidur (padahal letih ikut mama papa merayau). Tapi kalau nak pilih car seat, pastikan ikut kesesuaian usia bayi. Janganlah pula tersalah pilih, kesian baby. Untuk baby, pilihlah baby carrier, jadi baby boleh baring dengan selesa. Jika ada abs bag di bahagian co-pilot, better jangan letak car seat di hadapan. Sangat bahaya sebab jika ada hentakan dan abs bag tu terbuka, bag tu akan menolak baby ke kerusi kereta dengan kuat. Lebihbaik letak dibelakang dan dimonitor dengan cermin tengah kereta.

Yang paling menarik tentang Car Seat/ Baby Carrier Delisha ni, bukan setakat car seat, malah kegunaannya sangat pelbagai. Boleh jadi buaian, stroller dan juga angkat berat untuk papa Delisha. Tak percaya? Biar gambar yang berbicara..

Aksi Delisha dalam car seat/ Baby Carrier - masa ni tak cukur rambut lagi

Letak Car Seat dalam troli - dah jadi stroller.. hehe.. - Masa ni ke Kedah, stroller tak muat nak bawa dalam Alza

Menjadi bahan angkat berat untuk papa Delisha - Biasa kami akan bawa car seat je kalau makan di kedai makan

Hebat bukan?? Tapi Delisha dah pandai duduk nanti Car Seat or Baby Carrier macam ni tak sesuai dah. Kena beli yang lain pula yang sesuai untuk baby duduk. Masih mencari mana yang sesuai sebab Delisha sekarang ni pun dah pandai nak duduk sendiri. Angkat-angkat kepala tapi kalau duduk jatuh ke depan. Hehe.. Tak pandai seimbangkan badan lagilah tu.

Ok. sampai sini sahaja. Bai.


Saturday, February 15, 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalammualaikum & Hi;



Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia - Ya. Cikpuan rakyat Malaysia yang Marhaen.. 
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014" - Inilah entry tu..
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry - Ada seperti di atas.
4) Letak link sponsor dalam entry - Ada seperti di bawah
TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)

Lama tak join contest ni. Last join pun 2012 tak silap. Eh ke 2011. Lebih kuranglah. Tengok tarikh tutup macam dah lambat tapi masih sempat sebab belum sampai tarikh lagi. Hehe. Bukan apa, rambang mata tengok hadiah. Kalau ada rezeki Alhamdulillah, kalau tak kita cuba lagi di lain hari! Ekekeke.. 

Akhir kata, nak ucapkan terima kasih pada tuan giveaway yang anjurkan giveaway macam ni!.Hehe.. Terima kasih...Mmmuah!!

Tuesday, February 11, 2014

Kerja dari rumah Part Time secara Online

Assalammualaikum & Hi,

Memandangkan sekarang ni harga barang naik, kos sara hidup pun makin meningkat, jadi cikpuan nak share sikit satu part time job secara online yang bukan je boleh anda lakukan di rumah, malah di tempat-tempat lain juga. Asalkan ada internet connectionlah ye.Hehe.

Ipoll (masa cikpuan join dulu Surveyhead)

- Senang je nak join Ipoll ni, register dah boleh join. Dapat bonus $5 after sign up. Kiranya Ipoll ni kena jawab survey. Satu survey boleh dapat dalam $0.30 ke $3.  Kiranya dalam RM1 ke RM10 lebihkurang. Ikut surveylah. Pastu ikut korang lah nak cash out (min $15) atau tukar ke bentuk lain seperti voucher dan hadiah. Yang paling best sekarang Ipoll pun ada app untuk Apple dan Android. Lebih senangla nak jawab survey sekarang. Tapi cikpuan nak terangkan jugala yang tak semua survey kita akan dapat. Kadang- kadang dalam sebulan tu banyak survey, kadang- kadang tak ada. Tapi jangan risau, kalau korang rajin update profiles, in sha Allah, selalulah Ipoll akan hantar survey. Cikpuan pun Alhamdulillah, dah 2 kali cash out. Taklah banyak mana, tapi ada jugala rezeki kan. Lagi- lagi sebelum kahwin dulu. Oh ya, bolehla check Ipoll di sini ye!


Ada juga few kerja part time lain secara online macam Ipoll ni tapi cikpuan tak cash out lagi, so tunggu cikpuan cash out nanti cikpuan share okies!!

Monday, February 10, 2014

Baby Story : Baby & Pengasuh / Babysitter

Assalammualaikum & Hi,

Hari ni macam biasa, perjalanan nak ke kerja hantar baby Delisha ke babysitter dulu. Terpaksalah baby Delisha ikut cikpuan travel sebab jenuh dah mencari babysitter, dan akhirnya yang sekarang ni memang ok sangat-sangat. Alhamdulillah. Ok. Nak cerita pasal pencarian babysitter ni memang panjang. Jadi cikpuan akan cuba ringkaskan mana yang boleh.

Kalau ikutkan, sepatutnya dari sebelum Delisha lahir lagi dah cari babysitter dah. Tapi memandangkan kami bercadang nak berpindah semula ke area banting, jadi kami tangguhkan dulu nak cari babysitter. Lagipun masa tu cikpuan masih belum bekerja, jadi kami akan cari setelah cikpuan confirm nak bekerja.
Kebetulan pula, ketika cikpuan nak start bekerja tu, mak cikpuan cuti sekolah, ialah cikgu agama kan. Jadi, mak tawarkan diri nak jaga cucu dia sampai habis cuti. Cikpuan was-was juga mula-mula. Ialah, taknaklah susahkan mak, lagipun mak ni aktif sosial sikit. Maksud cikpuan aktif dari segi pergi kenduri kendara, sertai usrah masjid, mesyuarat kampung dan macam-macam lah.Nasib baik adik bongsu cikpuan ada. Dia la yang paling banyak jaga Delisha sebenarnya. Mak masak atau mak ke kedai atau mak ada mesyuarat AIM, adikla yang jaga Delisha. Mesti teringat masa cikpuan jaga adik masa adik baby dulu kan? Hehe..

Kemudian, dah nak start sekolah. Cikpuan dan husband masih tak jumpa pengasuh yang sesuai. Tanya jiran- jiran, mula-mula ada seorang tu nak, bila nak confirm dia tak nak pula. Alasan ada anak kecik lagi. Kemudian jiran depan rumah pulak. Beriya nak tapi bila cikpuan suruh dukung Delisha dia taknak. Bayaran pun agak murah, RM200 tapi rupanya dia tengah sarat dan nak bersalin pertengahan bulan 1 tu. Pening cikpuan, patutla bayaran murah, nak suruh hantar dari petang rupanya sebab husband cikpuan pergi meniaga petang. Terus cikpuan and husband reject walaupun dia memang ada experience asuh budak.

Kemudian tanya pula jiran mak mertua. Dia ni bekas pengasuh anak saudara. Nenek ni agak ok tapi mak mertua pula risau sebab kata mak, nenek ni dah tak berapa nampak sebenarnya. Lagipun jauh cikpuan nak berulang dari olak lempit ke banting kemudian ke klang pula. Aduh, reject lagi.
Tiba- tiba teringat pula pengasuh anak abang suami di Jenjarum. Kira pilihan last la ni. Kalau terpaksa hantar ke nursery kalau tak jumpa pengasuh juga. Rumah pengasuh ni depan rumah abang ipar je. Survey punya survey, dia jaga anak abang ipar seorang tu je. Si Dania. Lagipun Dania dah start masuk KEMAS, 4 tahun. Anak-anak pengasuh pun dah besar. Bincang punya bincang dengan husband, setujulah. Pertama sebab tak jaga baby lain, boleh fokus pada Delisha. Kedua, tak payah cikpuan ulang alik. Kira satu jalan nak ke ofis cikpuan. Ketiga, at least depan rumah abang ipar dan abang ipar pun kenal. Asuh si Dania tu pun dah hampir 4 tahun. Akhirnya, selesai pencarian pengasuh.. Hehe..

Saturday, February 8, 2014

Hobi : Muzik & Ukulele

Assalammualaikum & Hi,

Kali nak cerita tentang hobi. Hobi cikpuan biasa- biasa je. Membaca, berblog, cucimata. I mean by cucimata tu kira berjalan-jalan la. Hihi. Tak kisahla ke mana pun tapi memang wajib ambik angin ni.

Husband cikpuan punya passion pula ialah muzik. Hari2 kot melalak kt umah tu. Pening den. Normally he plays guitar but lately he changes to ukulele.

Apa tu ukulele? Ukulele atau lebih dikenali sebagai gitar hawaii ni sejenis alat muzik menyamai gitar. Lebih kecil dan mempunyai 4 tali.Cara petikannya pun sama seperti gitar cuma ada sedikit kod yang berubah tempat. Tapi menurut husband cikpuan, main ukulele ni mudah je. Even dia pun learn from youtube je. Hehe.. Dia berharap sangat agar cikpuan dapat belajar main muzik ni tapi cikpuan ni buta note sikit. Tak ingat dan tak minat. Setakat nyanyi dalam bilik air oklah.. huhu..

So, dia berniat untuk ajar our little daughter play this ukulele when she grows up. Sekarang ni pun dia duk ajar anak-anak buah dulu. Yela.. nak ajar cikpuan tak lepas. heheh.. jenuh dia mengajar, tetap cikpuan tak ingat. Maaflah ye sayang..



Takpelah. Nanti ajar Hana Delisha je lah ye. Lepas tu berangan-angan Hana Delisha main ukulele dan upload di You Tube.. Konon-konon the next Yuna, Najwa Latif and so on lah.... oh, impian suamiku ni..
Moga-moga tercapai lah sayang. Kalau Hana Delisha suka, cikpuan takkan membantah.. :)

Tuesday, January 28, 2014

Berhati-hati di Leburaya (terutama ke Selatan)

Assalammualaikum & Hi :)

Terdetik hati ni nak buat entri ni setelah terbaca post di sini .

Benda ni pernah jadi kat cikpuan juga walaupun dah lama berlaku tapi masih segar di ingatan kejadian tu. Berlaku sekitar hujung September 2013. Masa tu cikpuan dalam perjalanan ke Batu Pahat, Johor. Bersama cikpuan ketika itu, abah, mak dan 3 org adik perempuan cikpuan. Kiranya cuma abah seorang je la Hero time tu.

Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan tu, tiba-tiba tayar kereta pancit. Masa tu betul-betul lepas keluar dari susur keluar Nilai. Berhentilah tepi jalan. Tengah sibuk-sibuk nak tukar tayar ni, tiba-tiba ada seorang lelaki India berlari melintasi lebuhraya daripada seberang sana.

Tanpa segan silu, tanpa bertanya apa-apa terus dia menawarkan diri pada abah untuk menukar tayar. Kami pun biarkan lah dia tukar sebab Alhamdulillah suddenly ada orang nak tolong kan. Okay. Tolonglah sangatkan sebab habis je dia siap tu dia boleh mintak RM150.00.. Eh, agak-agaklah.. tukar tayar spare je kot. Abah dengan cikpuan pun boleh buat. Bukan ganti tayar baru pun. Abah memang nak bagi RM50 tapi bila dia minta macam tu, terus abah rasa taknak bagi langsung.

Actually kiteorang dah takut jugak sebab dia pegang sepana. Abah bagi je dia RM50 and suruh kami masuk kereta cepat-cepat. Abah kata kalau taknak, abah ambil balik RM50 tu. Tapi dia tarik balik duit tu dari tangan abah. Cepat-cepat abah masuk kereta and suruh cikpuan drive terus. Memang scary. Takut je dia libas sepana tu kat abah ke apa. Nasib ada abah, kalau tak taktaula kalau semua perempuan je.

So, kalau ada orang nak tolong pun kena beware. Takut dia cuma nak mengepow duit orang je. Sebelum ni pernah juga tayar cikpuan pancit di Jalan Kebun, Shah Alam. Dahla hujan, dah lambat nak pergi kerja. Berusaha cikpuan nak buka tayar tu - dalam hujan oke!. Orang yang lalu lalang semua cuma pandang je padahal area situ area kilang kot. Ramai orang lalu lalang.

Entah macammana, dalam 1/2jam cikpuan berusaha tu, ada seorang uncle berhenti. Dia dengan 2 org pekerja dia tolong tukarkan tayar. Masa tu dalam tangan cikpuan ada RM30 je. Cikpuan bagi uncle tu tapi uncle tu tolak. Dia kata dia tolong ikhlas. Masa tu Allah je yang tau betapa bersyukurnya cikpuan jumpa orang sebaik tu.

Tapi bila dah jumpa seorang lagi yang berbeza, cikpuan rasa takut pula nak menerima tawaran baik orang untuk next time. Nasihat cikpuan, berhati-hatila jika ada kejadian tak diingini seperti kejadian pertama di atas ye. Kepada encik pow tu, tolonglah rentikanla perangai pow-pow orang tu. Kalau nak tolong, tolonglah dengan ikhlas. Kalau orang tu mampu nak berikan upah, Alhamdulillah.. kalau tak, takpayahlah nak meminta-minta.. buruk tau.

Ok. Terima kasih kerana membaca!